SEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!

SEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!

Started
28 July 2019
Petition to
Signatures: 509,850Next Goal: 1,000,000
Support now

Why this petition matters

Started by Parent & Teacher Action Group Malaysia

UPDATE !

Kini terdapat desas-desus ada pihak yang ingin melambat-lambatkan pembentangan Rang undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok serta pelaksanaan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) kerana kononnya akan memberi impak yang buruk kepada keputusan pilihanraya yang akan diadakan di beberapa negeri tidak lama lagi.

Walhal, kajian-kajian daripada dahulu sehingga kini membuktikan majoriti besar rakyat, baik golongan muda dan tua, bahkan daripada kalangan perokok dan pengguna vape sendiri menyokong pelaksanaan GEG ini.

Jika majoriti rakyat sudah memberi sokongan untuk melaksanakan RUU dan GEG ini, maka secara logiknya, pihak yang menangguhkannyalah akan menerima kesannya.

Oleh itu, parti-parti politik kerajaan dan juga pembangkang diingatkan agar tidak mudah dibayangi dengan ketakutan kekalahan pilihanraya sepertimana yang dimomokkan oleh industri tembakau dan vape kerana mereka ini masih sedang rakus memunggah kekayaan di atas kemudaratan kesihatan awam, sepertimana yang dilakukan selama ini.

Hasutan daripada industri yang ingin sengaja menangguhkan pembentangan RUU ini akan merencatkan perancangan kerajaan untuk mengutip hasil duti eksais yang dikenakan ke atas produk rokok elektronik dan vape kerana tiada akta yang mengawal-selianya ketika ini.

Hasrat murni kerajaan dalam mengenakan cukai ini demi untuk tidak menggalakkan penggunaanya juga akan kelihatan cacat jika hanya cukai dikutip namun tiada kawalan terhadap promosi dan penjualannya. Malahan ketirisan besar juga akan berleluasa dengan sangat teruk akibat kegiatan pasaran gelap yang akan berusaha mengelakkan sistem cukai lantaran tiada peruntukan untuk menyelianya.

Oleh itu, KAMI MENGGESA AGAR KERAJAAN USAH TUNDUK DENGAN HASUTAN INDUSTRI DAN SEGERA MEMBENTANGKAN RUU dan GEG untuk diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen. 

Tandatangani petisyen ini SEKARANG

#SokongGEG
#LuluskanAkta&GEG
#SelamatkanAnakAnakMalaysia

Petisyen Dijayakan oleh : Parents & Teachers  Action Group Malaysia

 

 

Support now
Signatures: 509,850Next Goal: 1,000,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers