No excuses: Repeal ALL of AUKU S15 & S16

No excuses: Repeal ALL of AUKU S15 & S16

Started
5 December 2018
Petition to
Education Minister YB Dr Maszlee Malik
Signatures: 127Next Goal: 200
Support now

Why this petition matters

Started by Gabungan Pembebasan Akademik GPA-IPT

Petition by Gabungan Pembebasan Akademik (GPA-IPT). Like our page for updates and help us spread this petition!

[Versi BM di bawah]

The Pakatan Cabinet has only agreed to abolish AUKU S15(2)(c), instead of the entirety of S15-15D and S16-16C. This is despite students having requested the Education Ministry to do so on several occassions.

S15(2)(c) specifically prohibits students from being involved in political party activities within their campus. By agreeing to repeal this subclause, the Pakatan Government has essentially agreed that external political parties should be allowed to operate on campus.

But, for instance, the Government has not decided to repeal S15(2)(a), which means that while students will be allowed to take part in the activities of external political parties like PAS, UMNO and Bersatu, independent political clubs could technically still be illegal! And, any student clubs that choose to discuss politics can still be declared 'unlawful' and dissolved unilaterally by the Vice-Chancellor.

Most of S15 and S16 were amended to their current form in 1974 under Tun Dr. Mahathir's term as Education Minister. These sections were specifically designed to crack down on student activism. The law contains a general disregard for due process within universities, and has several instances where redundant punishment of students is encouraged.

In short, the remaining portions of AUKU, coupled with the continued existence of other draconian laws like the Sedition Act, are still a threat to students. If we try to organise around fee increases, staff cuts, PTPTN, campus facilities, university funding or any other issue, our unelected university administrators can still use the law to punish us. Students demand full repeal of S15 and S16 to protect our freedom to organise and protest in support of our interests and the interests of oppressed groups outside campus.

The rest of S15 contains numerous other restrictions, whose contents we will allow to speak for themselves:

  • 15(2)(a) bans membership of political organisations, and any society the government of the day chooses to deem 'unlawful'.
  • 15(2)(b) bans membership of any society that the University Board determines is 'unsuitable' to their interests or reputation
  • 15(3) bans expressing support for any of the above groups
  • 15(4) students are only allowed to comment on matters related to their area of study
  • 15(5) directs Universities to regulate the activities of students, instead of allowing student autonomy
  • 15A(1,5) bans students and student organisations from collecting donations for any group or cause
  • 15A(2,3) puts any student who collects donations at the mercy of the Vice-Chancellor's judgement
  • 15B enables Universities to punish the entire membership of any club that breaches the above laws even if the breach is only done 'in their name'
  • 15D(1) allows Vice-Chancellors at their sole discretion to suspend students who are undergoing court cases
  • 15D(2) instructs Universities to apply their own disciplinary action to students who are already convicted of some offense in court
  • 15D(3) instructs Universities to apply their own disciplinary action to students who have been detained for whatever reason

S16 supplements S15 by handing disciplinary powers to the Vice-Chancellor, which has traditionally been a role under strong influence from the government. The VC has the authority to:

  • 16(1) dissolve any student organisation
  • 16B(1) alone carry out all disciplinary action specified in the University Rules, and deliver final judgement on all disciplinary proceedings

Further,

  • 16B(6) states that even during appeals, the committee is dominated by Board members, rather than a jury of peers
  • 16C(1) gives the Board power over disciplinary rules, even though it has no meaningful student or staff representation

University autonomy means that students should have the ability to self-govern, free of the intervention of the HEP (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) and the University Board. Campus democracy means that staff and student unions should have a say in everything that goes on at uni, and that in case of disciplinary proceedings, that staff and students should be judged by a jury of peers, not by an unelected Board. Political involvement does not simply mean taking part in political party activities, but open discussions, campaigning work, fundraising, organising protests and strikes and more. Every one of these things is potentially illegal under the remaining portions of AUKU.

This is not even counting the continuing political appointments, or the fact that some universities are still barring activists from doing talks, or the fact that the Government is refusing to repeal draconian laws like the Sedition Act and anti-protest portions of the Penal Code. Given these facts, the Government does not have the right to claim at this time that democratic space on campus has been 'opened'. There are still many ways that the Government and University administrators can attack students, and the climate of fear remains.

The Government must move immediately to add the whole of S15-S16C to the proposed amendments. These portions of the rotten AUKU need to go now. Further the Education Minister should issue formal directives to all Universities and HEP branches to stop restricting student activities and to begin the process of implementing student self-government and representation of staff and students in University decision-making.

---

Kabinet Pakatan telah hanya bersetuju untuk memansuhkan Seksyen 15 (2) (c) AUKU dan yang sama dengannya, dan bukannya keseluruhan S15 dan S16, meskipun telah didesak oleh segenap gerakan mahasiswa.

Seksyen 15(2) (c) secara khusus melarang para mahasiswa daripada terlibat dalam kegiatan parti-parti politik dalam kawasan kampus mereka. Dengan memansuhkan klausa ini, kerajaan Pakatan Harapan pada dasarnya bersetuju bahawa kelab-kelab politik haruslah dibenarkan untuk beroperasi dalam kawasan kampus.

Akan tetapi, pihak kerajaan tidak memutuskan untuk memansuhkan S15 (2) (a), yang menyatakan bahawa walaupun para pelajar dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti parti politik luar seperti PAS, UMNO dan sebagainya, kelab-kelab politik secara teknikalnya masih lagi diisytihar haram dan tidak sah! Mana-mana kelab pelajar yang memilih untuk membincangkan politik masih boleh diisytiharkan sebagai “menyalahi undang-undang” dan boleh dibubarkan secara sepihak oleh Naib Canselor Universiti.

S15 dan S16 AUKU telahpun dipinda ke dalam pada tahun 1974 ketika era Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri Pelajaran. Seksyen-seksyen tersebut telah diperkenalkan khas untuk mengekang gerakan aktivisme pelajar. Undang-undang ini mengandungi ketidakpatuhan am untuk proses yang sewajarnya di universiti, dan mempunyai beberapa contoh di mana hukuman berlebihan terhadap pelajar adalah digalakkan.

Ringkasnya, bahagian-bahagian yang masih ada dalam AUKU, dalam konteks kewujudan undang-undang drakonian seperti Akta Hasutan 1948, masih mengancam hak mahasiswa. Sekiranya kita mahu menyusun gerakan di atas isu kenaikan yuran, potongan kakitangan, PTPTN, kemudahan kampus, pembiayaan universiti atau isu lain, pentadbir universiti yang tidak dipilih oleh kita masih boleh menggunakan AUKU untuk menghukum kita. Jadi, mahasiswa menuntut keseluruhan S15-S16C dipinda demi memastikan kebebasan kita untuk beraksi mempertahankan kepentingan golongan mahasiswa dan golongan marhaen.

S15 turut mengandungi sekatan-sekatan yang lain, yang disebut di bawah. Seksyen 16 AUKU pula memberikan kuasa yang berkaitan dengan tindakan disiplin kepada Naib Canselor, yang secara tradisionnalnya telah diberi kepada Naib Canselor untuk menyokong segala tindakan kerajaan.

Autonomi universiti bermakna setiap mahasiswa hendakla mempunyai keupayaan untuk mentadbir urusan mereka sendiri, tanpa campur tangan daripada pihak HEP (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) mahupun daripada pihak Universiti. Demokrasi kampus bermakna kesatuan pelajar sepatutnya mempunyai kuasa dalam segala hal yang berlaku di dalam universiti, dan jika terdapat prosiding tatatertib, maka mahasiswa haruslah dihakimi oleh para juri yang terdiri daripada rakan-rakan sebaya, bukannya oleh suatu Lembaga yang tidak dipersetujui oleh mahasiswa.  Penglibatan politik dalam kalangan mahasiswa di universiti tidak hanya terhad kepada mengambil bahagian dalam kegiatan parti politik, tetapi ia turut melibatkan perbincangan terbuka, kerja-kerja kempen, penggalangan dana, menganjurkan protes, mogok dan banyak lagi. Setiap satu daripada perkara ini berpotensi menyalahi undang-undang di bawah AUKU.

Ini belum lagi mengira akan pelantikan politik yang berterusan, atau hakikat bahawa sesetengah universiti masih lagi menghalang aktivis mahasiswa daripada mengadakan perbincangan, atau hakikat bahawa Kerajaan masih lagi enggan untuk memansuhkan undang-undang drakonian seperti Akta Hasutan 1948 dan peruntukan undang-undang anti-protes yang terdapat dalam Kanun Keseksaan. Berdasarkan fakta-fakta ini, jelaslah bahawa kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyatakan bahawa pada masa ini, ruang demokratik di kampus telah “dibuka”. Masih terdapat lagi cara yang digunakan oleh pihak pentadbir Kerajaan dan Universiti yang mampu mencetuskan ketakutan dalam kalangan mahasiswa

Kerajaan mesti bergerak segera untuk menambah keseluruhan S15 dan S16 AUKU ke dalam senarai pindaan yang dicadangkan. Peruntukan AUKU yang bersifat totalitarian ini perlu dimansuhkan dalam kadar masa segera. Tambahan pula, Menteri Pelajaran harus mengeluarkan arahan formal kepada semua Universiti dan HEP ​​untuk berhenti menyekat segala aktiviti mahasiswa dan memulakan proses ke arah pelaksanaan pentadbiran sendiri oleh para mahasiswa dan menambah perwakilan mahasiswa dan kakitangan dalam membuat keputusan serta hala tuju Universiti.

---

Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.

(2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh:

(a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau

(c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.

(3) Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—

(a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepintingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau

(b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(5) Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus.

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang

15A. (1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di luar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk, apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya diperoleh di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3) Naib Canselor boleh, dalam mana-mana hal tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5) Peruntukan seksyen ini tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dan di jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualan lencana.

Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

15B. Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak manamana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tiap-tiap orang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.

Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan boleh daftar dan perkara yang berhubungan dengan penahanan, dan sebagainya

15D. (1) Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar—

(a) dia boleh, mengikut budi bicara Naib Canselor, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan

(b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki Kampus.

(2) Jika seseorang pelajar Universiti yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3) Jika seseorang pelajar Universiti ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4) Seseorang pelajar Universiti yang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan Senat, dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Universiti itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan.

Seksyen 16 AUKU pula memberikan kuasa yang berkaitan dengan tindakan disiplin kepada Naib Canselor, yang secara tradisionnalnya telah diberi kepada Naib Canselor untuk menyokong segala tindakan kerajaan. Naib Canselor mempunyai kuasa untuk:

Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

16. (1) Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau pekerja Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana undangundang bertulis, Naib Canselor boleh, selepas memberikan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis, menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti

16B. (1) Pihak berkuasa tatatertib Universiti berkenaan dengan tiap-tiap pelajar Universiti ialah Naib Canselor.

(6) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, dua orang daripadanya hendaklah daripada kalangan ahlinya dan seorang lagi daripada Universiti.

Kaedah-kaedah tatatertib

16C. (1) Lembaga mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib bagi pelajar Universiti; kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

 

Support now
Signatures: 127Next Goal: 200
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Education Minister YB Dr Maszlee Malik