PERTAHAN BIDANGKUASA SHARIAH DAN PINDA PERLEMBAGAAN

PERTAHAN BIDANGKUASA SHARIAH DAN PINDA PERLEMBAGAAN

Started
9 March 2021
Petition to
KerajaanMalaysia and
Signatures: 9,770Next Goal: 10,000
Support now

Why this petition matters

Started by Pendukung Perlembagaan

KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN

  1. Kami merujuk kepada PETISYEN PEGUAM berkenaan implikasi keputusan kes Mahkamah Persekutuan Iki Putra v Kerajaan Negeri Selangor (“Kes Iki Putra”) yang pada masa ini telah mendapat ratusan sokongan peguam-peguam.
  2. Berdasarkan kepada petisyen di atas, kami percaya dan berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Shariah yang tersedia ada sayugia melumpuhkan langsung sistem jenayah Shariah di Malaysia. Mahkamah Persekutuan telah mengambil pendekatan yang berlainan dari keputusannya sebelum ini dan ini bakal menutup ruang gubalan Enakmen jenayah Shariah negeri-negeri di Malaysia yang sudah diamalkan sekian lama. Kami mahu keadaan ini diperbetulkan.
  3. Di dalam kes tersebut, Mahkamah telah sebulat suara menentukan bahawa, walaupun negeri mempunyai bidangkuasa luas untuk menggubal undang-undang Shariah menurut “perintah agama” Islam, tetapi bidangkuasa ini tidak boleh menyentuh apa-apa perkara berkenaan “undang-undang jenayah”/ “criminal law” kerana perkara “criminal law” adalah dalam bidangkuasa Persekutuan.
  4. Mahkamah telah mengambil takrifan yang luas bagi maksud “criminal law” untuk bidangkuasa persekutuan. Apa-apa peruntukan undang-undang yang membawa kepada hukuman misalnya denda atau penjara boleh disifatkan sebagai “criminal law”.
  5. Apabila Mahkamah mengambil pendekatan yang seluas begini, maka ia akan bertindih dengan banyak peruntukan jenayah Shariah kerana peruntukan jenayah Shariah juga bersifat kepada penghukuman seperti penjara atau denda. Yang lebih menekan adalah apabila Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang jenayah Shariah tetap terbatal walaupun tidak wujud undang-undang jenayah sivil selagimana isi kandungan/ “pith and substance” undang-undang Shariah menyentuh perkara “criminal law”.
  6. Ini jelas mempunyai implikasi yang terlalu luas. Tiada lagi ruang untuk mengharmoni dan menyelaraskan undang-undang jenayah sivil dan Shariah yang tersedia ada. Pindalah macam mana cara pun enakmen jenayah Shariah, selagi mana isi kandungannya menyentuh “criminal law” ia tetap terbatal.
  7. Selain itu, kes Iki Putra ini juga menghasilkan kelompongan di mana tiada badan samada persekutuan atau negeri yang boleh menggubal jenayah Shariah di negeri-negeri. Kita ambil contoh kesalahan berjudi yang jelas haram di sisi agama Islam. Selama ini, Enakmen jenayah Shariah memperuntukkan perjudian sebagai satu kesalahan bagi seorang muslim yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Ini jelas bertindih dengan hal kesalahan perjudian yang termaktub di bawah bidangkuasa “Criminal law” di bawah Perlembagaan. Maka jika kita mengikut keputusan kes Iki Putra, peruntukan perjudian Shariah bakal dibatal jika dicabar di mahkamah kelak dan negeri-negeri akan tiada lagi kuasa menggubal kesalahan perjudian bagi orang Islam sahaja. Ini juga boleh terpakai untuk kesalahan-kesalahan lain seperti minum arak, zina dsbg.
  8. Masalahnya bidangkuasa Parlimen pun terhad. Menurut Fasal 74 Perlembagaan, Parliamen tidak mempunyai bidangkuasa menggubal perkara dalam senarai negeri termasuklah undang-undang jenayah bagi orang Islam, kecuali untuk Wilayah Persekutuan. Jadi kalau kita ikut kes Iki Putra, bukan sahaja negeri-negeri tidak boleh menggubal kesalahan berjudi bagi umat Islam, Persekutuan pun tidak boleh juga kecuali di Wilayah Persekutuan. Bukankah ini satu keadaan yang sungguh “absurd”? Tidak mungkinkan Perlembagaan diolah oleh penggubal perlembagaan supaya tiada seorang pun yang boleh menggubal sedemikian?
  9. Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami berpandangan dan percaya kes Iki Putra ini menggugat sistem jenayah Shariah yang diamalkan selama ini dan bakal melumpuhkannya selama2nya.
  10. Kami, sebagai rakyat Malaysia jelas, dari sebelum 1957, bahawa umat Islam tertakluk kepada dua undang-undang. (“Duality of Laws”) Satu undang-undang sivil dan satu lagi Shariah. Walaupun ia menimbulkan keadaan di mana satu perbuatan itu salah kepada muslim dan tidak salah kepada bukan muslim dan dengan itu diskriminatif, ini adalah apa yang diminta diamal oleh umat Islam dari sebelum merdeka lagi. Umat Islam mahukan mereka tertakluk kepada “social order” atau “personal law” Islam dan tiada masalah dengan diskriminasi ini. Mereka tidak mahu disamaratakan dengan bukan Islam dalam hal ini. “No equality of law”.
  11. Amalan “duality” ini termaktub di dalam Perlembagaan. Fasal 8 Perlembagaan kita menuntut kesamaratan di mana “everyone is equal before the law” dan tiada diskriminasi berdasarkan agama  dibenarkan.  Tetapi prinsip ini tidak mutlak. Prinsip kesamarataan ini diberi pengecualian selagimana diperuntukan sebaliknya di dalam Perlembagaan. Dan Jadual 9 Perlembagaan dengan jelas membenarkan setiap negeri menggubal undang-undang jenayah Shariah yang terpakai untuk orang Islam sahaja yang jelas bertentangan dengan konsep kesamarataan.
  12. Masalah utama kita adalah golongan yang mahu samaratakan kita. Cabaran demi cabaran dibuat di mahkamah untuk samaratakan umat Islam. Mereka ini tidak faham sejarah dan kompromi-kompromi Perlembagaan yang kita sepakati selama ini. Dan yang sedihnya Muslim yang terlibat tidak faham implikasi mencabar cara begini. Akhirnya seluruh sistem perundangan jenayah Shariah bakal runtuh.
  13. Sebagai rakyat Malaysia kita bantah kesamarataan ini. Umat Islam di sini mahu melaksanakan hak beragama mereka supaya tertakluk kenapa “duality of laws” dan kita hormati kehendak dan tradisi ini. Rata-rata umat Islam mahu amalan yang lama ini dikekalkan dan permintaan ini tidak langsung menyentuh hak bukan Islam.
  14. Oleh kerana keputusan mahkamah ini menyentuh Perlembagaan kita, maka kita tiada pilihan untuk mendesak Perlembagaan dipinda. Kita mahu undang-undang jenayah Shariah yang tersedia ada dipertahankan. Kita mahu Perlembagaan kita dipinda kepada keadaan sebelum keputusan kes Mahkamah Iki Putra.

Dengan itu, kami yang dinyatakan di bawah ini, menyokong penuh petisyen untuk mempertahankan bidangkuasa jenayah Shariah dan meminda Perlembagaan seperti yang dicadangkan di atas.

 

#PertahankanShariah

#PindaPerlembagaan.

 

 

 

Support now
Signatures: 9,770Next Goal: 10,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • KerajaanMalaysia
  • WAKILRAKYAT
  • BadanEksekutif
  • BadanLegislatif