Allow Malaysians in Singapore to return home without quarantine

Allow Malaysians in Singapore to return home without quarantine

Started
5 July 2021
Petition to
Signatures: 17,651Next Goal: 25,000
Support now

Why this petition matters

Started by Ju Lie

Kami merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan seperti ramai rakyat Malaysia yang lain, kami belum pulang ke Malaysia selama 1 tahun untuk kembali ke keluarga. Kami rakyat Malaysia di sini merupakan economic frontliners kerana bekerja di sini dan menyalurkan wang ke keluarga di Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia di Singapura telah menerima 2 suntikan vaksin Covid 19. Malahan, kes Covid 19 di Singapura hanya 1 angka setiap hari dan rata rata adalah kes yang berkaitan dan bukannya unlinked kes.

Kami menyeru agar MKN dan KKM membenarkan kemasukan dari Singapura untuk rakyat Malaysia yang sudah divaksin supaya tidak perlu menghadapi 14 hari kuarantin. Cadangan yang disyorkan ialah:

1. Harus sudah menerima vaksin 2 dose dan lebih dari 14 hari.
2. Tiba di Malaysia dan ambil PCR.
3. Kuarantin 1 hari sementara menunggu keputusan PCR.
4. Keputusan negatif, dibenarkan potong gelang dan keluar.

Kami berharap agar MKN dan KKM dapat mempertimbangkan cadangan ini. Ramai rakyat Malaysia di sini yang menghadapi tekanan mental sama ada oleh sebab faktor berjauhan dari keluarga ataupun disebabkan tekanan mental yang lain. Kami berharap agar cadangan ini diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk mereka yang meletak jawatan atau kehilangan kerja.

Semoga cadangan ini mendapat perhatian Tuan / Puan yang mulia.

Support now
Signatures: 17,651Next Goal: 25,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers