Tindakan Tegas Perlu diberikan Kepada UMANY!

Tindakan Tegas Perlu diberikan Kepada UMANY!

Started
1 November 2020
Petition to
YBHG. PROF. DATO' IR. DR. MOHD HAMDI ABD SHUKOR and
Signatures: 4,338Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

PETISYEN DAN KENYATAAN BERSAMA: TINDAKAN TEGAS PERLU DIBERIKAN KEPADA UMANY.

AHAD | 1 NOVEMBER 2020.

1. Pada 30 Oktober 2020 (Jumaat) sebuah pertubuhan pelajar Universiti Malaya iaitu University Malaya Association of New Youth (UMANY) telah mengeluarkan kenyataan melalui halaman rasmi media sosial mereka yang bertajuk “YDPA tidak wajar masuk campur urusan hal ehwal negara”.

2. Dalam kenyataan tersebut, mereka bukan sahaja mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahkan turut menimbulkan spekulasi negatif terhadap institusi diraja dengan mengatakan bahawa raja hanya mempunyai status simbolik semata-mata tanpa keterlibatan dalam hal ehwal negara.

3. Oleh yang demikian, tindakan ini dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati institusi raja berperlembagaan di Malaysia. Ruangan hak kebebasan bersuara yang telah disalahgunakan ini wajar diberi perhatian dan tidak boleh dipandang remeh. Kami menggesa supaya Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) untuk menyelesaikan dan mengeluarkan respon bagi isu ini.

4. Walaupun siaran tersebut telah dipadamkan, namun masih tiada lagi sebarang permohonan maaf mahupun penjelasan yang dibuat bagi pihak UMANY. Justeru, kami juga menggesa supaya ahli pimpinan UMANY sebagai wakil yang bertanggungjawab dengan perbuatan ini agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan juga seluruh rakyat Malaysia.

5, Lanjutan daripada kenyataan ini juga, petisyen akan dilancarkan bagi mengumpul tandatangan seluruh mahasiswa serta rakyat Malaysia sebagai solidariti dan tanda kebersamaan dalam menentang sebarang bentuk usaha menyebarkan kebencian tidak berasas terhadap institusi raja berperlembagaan negara tidak kira daripada mana-mana pihak.

6. Kami memberikan amaran keras dan tegas, sekiranya masih tiada penjelasan dan permohonan maaf daripada pihak UMANY kami tidak akan teragak-agak untuk menghantar petisyen ini kepada Naib Canselor Universiti Malaya agar persatuan atau gerakan pelajar UMANY diharamkan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

7. Berikut adalah link petisyen tuntutan:-

Kenyataan bersama oleh:-

1. NEO-SISWA UNIVERSITI MALAYA.
2. PEMBINA UNIVERSITI MALAYA.
3. INSPIRASI VARSITI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
4. UMNOSISWA UNIVERSITI MALAYA.
5. PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
6. KELAB AL-AZHAR MEMBERS KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR.
7. WE UNITE FOR ISLAM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA.
8. RAKAN SISWA YADIM UNIVERSITI MALAYA .
9. SMART UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA .
10. SINERGI MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA .
11. KESATUAN PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA.

Support now
Signatures: 4,338Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers