VAKSIN MANDATORI : KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA !

VAKSIN MANDATORI : KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA !

Started
24 February 2019
Petition to
Kerajaan MALAYSIA and
Signatures: 123,972Next Goal: 150,000
Support now

Why this petition matters

VAKSIN MANDATORI : KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA !

Setelah 27 tahun negara Malaysia kita bebas daripada polio, negara kita sekali lagi diserang wabak polio. Terbaru, wabak polio ini telah menyerang seorang bayi berumur tiga bulan, yang belum sempat menerima vaksinasi dengan penuh.

Untuk mengekang wabak, kadar vaksinasi di dalam sebuah komuniti perlulah sekurang-kurangnya 95%. Kurangnya kadar vaksinasi ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya tentangan sesetengah individu dan kumpulan terhadap vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan.

WHO telah menyenaraikan "Antivaksin" sebagai satu ancaman kepada kesihatan awam dan perlu dibanteras. Golongan ini adalah ektrimis, radikal, dan mempunyai ideologis yang sangat merbahaya. Golongan ini perlu diperangi sama seperti golongan ekstrimis al Ma'unah, ajaran sesat ayah Pin, Daesh atau komunis.

Kami mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah berikut bagi mengelakkan wabak yang boleh dicegah dengan menggunakan vaksin daripada berulang. Untuk permulaan :

i) Kerajaan perlu mewajibkan dua vaksin iaitu campak dan polio kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.

ii) Mengharamkan gerakan Antivaksin dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

iii) Mengharamkan penyebaran propaganda dan dakyah golongan antivaksin sama ada secara terbuka atau tertutup termasuklah melalui platform atas talian seperti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan WhatsApp

Petisyen dan resolusi bersama ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, dan akan dipanjangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menteri Pendidikan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Petisyen dan pergerakan ini disokong penuh oleh NGOs di bawah:

  1. Medical Mythbusters Malaysia
  2. Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
  3. Delegation of Nurses
  4. Islamic Nurses Association of Malaysia (INAM)
  5. Malaysian Male Nurses (MMN)
  6. IKRAMHealth
  7. Family Medicine Specialist Association
  8. Public Health Malaysia
  9. Malaysian Women's Action for Tobacco Control and Health (MyWATCH)
  10. Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (Malaysian Association of Environmental Health)
  11. Malaysia Laryngectomee Association (MLA)
  12. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
  13. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
  14. Malaysian Medical Association Public Health Society( MMA PHS)
  15. Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
  16. Malaysian Association for Adolescent Health (MAAH)
  17. i-Medik
    (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia)
  18. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Kepada NGO atau pihak yang berminat untuk turut menyatakan sokongan kepada petisyen ini, sila hubungi kami melalui emel di : medical.mythbusters.malaysia@gmail.com

Rakan-rakan media yang berhasrat menghubungi kami juga boleh menggunakan emel di atas, atau melalui FB rasmi kami : https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia

Support now
Signatures: 123,972Next Goal: 150,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Kerajaan MALAYSIA
  • Perdana Menteri Malaysia
  • Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  • Menteri Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan Malaysia
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat MalaysiaKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia