TIDAK KEPADA KACAU GANGGU KES ADIB

TIDAK KEPADA KACAU GANGGU KES ADIB

Started
14 June 2019
Signatures: 25,379Next Goal: 35,000
Support now

Why this petition matters

Started by Pendukung Perlembagaan

KACAU GANGGU KES ADIB: PEGUAM NEGARA (AG) MESTI LETAK JAWATAN

Tanggal 26 November 2018, seorang pegawai bomba bernama Mohd Adib dipukul/ dibelasah perusuh ketika menjalankan tugas memadam api kebakaran di Kuil Seafield dan dimasukkan ke hospital. Pada 17 Disember, Mohd Adib menghembus nafas akhirnya di hospital. Sehingga hari ini, sudah 6 bulan rakyat Malaysia, tak kira bangsa, agama dan politik menunggu pengadilan untuk arwah Adib yang masih tidak nampak penghujungnya.

 

I: INKUES

Peguam Negara (AG) menjanjikan bahawa inkues akan diadakan untuk mencari kebenaran punca kematian Adib. Tetapi apa yang berlaku amat mencurigakan dan mendukacitakan.

Di dalam mana2 inkues, AG sepatutnya tidak berpihak untuk mencari kebenaran. AG adalah “conducting officer” di dalam inkues dan bukan pendakwaraya. Maka mesti terbuka kepada mana2 bukti dan teori untuk mencari kebenaran. Tetapi malangnya, di dalam kes Adib, jelas AG telah memihak kepada satu rumusan dan cuba menutup rumusan lain. Sebelum inkues selesai, AG sudahpun mengeluarkan afidavit di Mahkamah bahawa kematian Adib bukan disebabkan dipukul. Ini jelas AG berpendirian berkenaan kes ini dan sebenarnya boleh didakwa menghina mahkamah. Pendirian AG ini lebih jelas dibuktikan apabila Syazlin menyoal teori AG ini di mahkamah, AG berpendapat bahawa Syazlin telah “mengambil bahagian dengan aktif” menentang pendirian AG. (Ini alasan AG sendiri). Dan apabila mendapati saksi pakar utama AG “dimalukan”, AG cuba pula menggantikan Syazlin di saat akhir inkues dan mengarahkan Syazlin ditukar dengan memberi alasan yang tidak munasabah. Ini jelas salah, tidak adil dan mengacau ganggu prosiding.

Tun Abdul Hamid (bekas ketua Hakim Negara) menulis dan berkata:

“Di sini jelas kesilapan Tommy Thomas:

i. Beliau tidak boleh terima tindakan Syazlin membawa masuk keterangan Prof. Dr. Shahrom (saksi pakar di bawa Syazlin) yang memberi keterangan yang bercanggah dengan keterangan Dr. Ahmad Hafizam (saksi pakar AG). Ertinya, beliau telah mengambil pendirian menerima keterangan Dr. Ahmad Hafizam dan menolak keterangan Prof. Dr. Shahrom, sekaligus melepaskan perusuh- perusuh itu daripada sebarang liability.

Ini adalah satu inkues untuk mencari sebab kematian Adib, bukan satu kes jenayah di mana Pendakwa Raya menjalankan pendakwaan. Biar apa pun pandangan peribadi Tommy Thomas, sebagai Pendakwa Raya, beliau tidak boleh memihak kepada mana- mana pihak.

Dalam inkues Teoh Beng Hock, peguam-peguam yang mewakili keluarganya memanggil seorang pakar forensik dari Thailand yang memberi keterangan yang bercanggah dengan keterangan pakar forensik yang yang dipanggil oleh Pendakwa Raya.

ii. Beliau mengambil pendirian bahawa Pendakwa Raya mewakili Kerajaan Malaysia dalam inkues itu. Maka, peguam Kementerian dan Jabatan Bomba hendaklah mengambil pendirian yang sama dengan pendirian Pendakwa Raya dan Kerajaan Malaysia. Itu salah.

Kehadiran Pendakwa Raya dalam inkues itu bukan untuk mewakili Kerajaan Malaysia dan keterangan yang dibawa masuk oleh peguam Kementerian dan Jabatan Bomba tidak semestinya sama dengan apa yang dibawa masuk oleh Pendakwa Raya. Kedua-duanya membantu mahkamah mencari sebab kematian Adib, bukan untuk menang kes.

....Kita berada di peringkat inkues untuk membantu Koroner mencari sebab kematian Adib. Pendakwa Raya tidak boleh memaksa Kementerian menerima pendiriannya mengenai sesuatu keterangan. Beliau tidak boleh mengarahkan Kementerian menarik balik pelantikan peguam yang dilantik oleh Kementerian kerana peguam itu membawa masuk keterangan yang bercanggah dengan keterangan yang dibawa masuk oleh Timbalan Pendakwa Raya. Itu beliau perlu faham” [https://tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/download/1701_aad6723f6bdc3515bba367e0e2335cb7

 

II: ANTARA PUNCA UTAMA KESALAHAN AG: TIDAK MEMAHAMI UNDANG2

Tun Hamid berkata:

“Kesimpulannya, kesilapan Tommy Thomas dalam hal ini ialah beliau fikir Pendakwa Raya mewakili Kerajaan Malaysia dalam inkues itu. Oleh itu Kementerian dan Jabatan Kerajaan mestilah mengikuti pendiriannya mengenai sesuatu keterangan; Kementerian dan Jabatan Bomba mesti diwakili oleh pegawai Pendakwa Raya yang semestinya akan mengikut telunjuknya...

Maka Kementerian dan Jabatan Bomba pun terpaksalah melepaskan tanggungjawabnya terhadap bekas pegawainya yang mati semasa bertugas untuk melihat bahawa keadilan berlaku kepadanya. Keluarganya dianggap seperti musuh....”

Oleh sebab kegagalan beliau memahami peranan beliau sebagai AG dalam Inkues, AG telah mengacau ganggu dengan mengarahkan pembuangan Syazlin dari mewakili pihak Bomba.

 

III: AG KONFLIK

Dari asal pihak bomba mengambil pandangan Adib tidak dilanggar oleh mereka sendiri. Dengan menukar Syazlin dengan pegawainya, sudah tentu AG mahukan pegawainya mengikut telunjuknya dalam mewakili pihak bomba. Kalau tidak kenapa mahu menukar Syazlin? Pihak bomba sepatutnya dibenarkan mengajukan pandangan mereka. AG sebenarnya berada di dalam kedudukan konflik dan bertentangan dengan kepentingan bomba yang dipegang selama ini.

 

IV: APA YANG KITA MAHU UNTUK KES ADIB

Kita mahukan seorang AG yang memahami peranannya supaya keadilan dipertegakkan. Peranan AG yang kita mahu lihat di dalam kes Adib jelas diungkap oleh Tun Hamid seperti berikut:

1. Memahami peranan Pendakwa Raya dalam inkues itu;

2. Jangan menyebelahi mana-mana pihak;

3. Kemukakan keterangan yang ada padanya;

4. Jangan cuba menghalang keterangan yang bercanggah dengannya;

5. Berilah kebenaran kepada Kementerian untuk melantik Syazlin atau mana-mana peguam lain untuk mewakili Kementerian, Jabatan Bomba, dan keluarga Adib;

6. Dalam inkues, jangan mengambil pendirian menerima sesuatu keterangan dan menolak yang lainnya dan menghendaki Kementerian dan Jabatan Bomba mengambil pendirian yang sama.

7. Jangan singkirkan Adib; dan

8. Biarlah Koroner memperolehi semua keterangan yang berkenaan untuk membolehkannya membuat keputusan yang betul dan adil.”

Ini adalah makna keadilan untuk kes Adib.

 

V: APA YANG KITA MAHU DARI PETISYEN INI

Oleh kerana AG gagal memahami peranan beliau di dalam inkues Adib, mengambil pendirian ke atas punca kematian sebelum kes ini diputuskan dan mengacau ganggu kes ini dengan mengarahkan Syazlin dibuang, beliau tidak layak lagi menjadi AG. Kedudukan AG adalah untuk menegakkan keadilan tetapi apa yang berlaku ialah beliau sendiri menggangu gugat keadilan. Beliau telah mungkir janji untuk mencari kebenaran di dalam Inkues dengan seadilnya.

Demi keadilan. Demi Kebenaran. AG mesti letak jawatan.

PENDUKUNG PERLEMBAGAAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Support now
Signatures: 25,379Next Goal: 35,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers