Lantik Enam Calon Wanita Terbaik yang Tewas dalam PRN Sabah ke-16 Sebagai ADUN Lantikan

Lantik Enam Calon Wanita Terbaik yang Tewas dalam PRN Sabah ke-16 Sebagai ADUN Lantikan

Started
7 October 2020
Petition to
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin and
Signatures: 939Next Goal: 1,000
Support now

Why this petition matters

Started by SAWO SABAH

Kepada,

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin,

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor,

Ketua Barisan Nasional Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin,

Ketua Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili,

Dan Ketua Warisan Plus Datuk Seri Panglima Shafie bin Apdal,

Kami menyeru agar calon wanita terbaik yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah dilantik sebagai ADUN Lantikan.

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 telah mengumumkan hanya tujuh (7) orang calon wanita yang bertanding telah memenangi kawasan yang ditandingi mereka yang mana membawa maksud penyertaan calon wanita dalam Ahli Dewan Undangan Negeri adalah kurang daripada 10%. Nilai ini menunjukkan peratus penglibatan wanita dalam kedudukan untuk membuat keputusan adalah sangat jauh daripada kuota penglibatan wanita yang sekurang-kurangnya 30% wanita harus terlibat dalam membuat keputusan seperti yang disasarkan oleh kerajaan Malaysia dalam Pelan Malaysia ke-9 tahun 2006-2010. Tiada seorang pun calon wanita yang dilantik semasa pusingan pertama dalam pemilihan menteri, apatah lagi dengan pelantikan wanita sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Kami ingin menegaskan bahawa penglibatan wanita adalah merupakan sebahagian daripada kepentingan di negeri Sabah sebagai negeri yang memiliki identiti keterbukaan dan masyarakat yang inklusif. Malangnya, semua gabungan parti politik dan parti-parti politik, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), PBS dan Warisan Plus telah gagal untuk mendukung identiti keterbukaan negeri Sabah untuk melantik sekurang-kurangnya 30% calon daripada kalangan calon wanita.

Sebagai negeri yang progresif, Dewan Undangan Negeri haruslah terdiri daripada calon yang berasal daripada golongan tersisih untuk memastikan pembentukan polisi dan keputusan undang-undang adalah inklusif kerana pembentukan ini akan memberi kesan kepada semua rakyat Sabah.

Selepas pelantikan tersebut yang hanya mempamerkan 43 orang wanita daripada 447 calon, SAWO dan Rakyat is Bos telah mendapat laporan meluas dan cadangan yang disambut baik pada 19 September agar semua enam (6) ADUN Lantikan dipenuhi oleh calon wanita sekiranya kurang daripada 18 orang calon wanita adalah dilantik sebagai ADUN bagi merapatkan jurang penglibatan wanita berdasarkan sasaran antarabangsa iaitu 30%.

Kami menyeru PN, BN, PBS dan Warisan Plus untuk menjadikan gesaan ini sebagai kata sepakat semua parti politik Sabah bagi memperuntukkan kerusi ADUN Lantikan kepada calon wanita terbaik yang tewas jika peratus penglibatan wanita dalam DUN adalah kurang daripada 30%.

Kami ingin menegaskan bahawa keenam-enam calon wanita terbaik yang tewas ini adalah pemimpin yang berpengaruh yang telah mendapat undian sebanyak 30% daripada jumlah undian yang telah dibuang. Pelantikan mereka juga dapat memperkasakan kepercayaan pengundi yang percaya bahawa calon ini dapat mewakili mereka dan isu-isu yang berlaku dalam komuniti mereka.

Peratus Undian bagi Calon Wanita Tewas yang Terbaik di Kawasan Pilihan Raya Masing-Masing

Calon: Chaya binti Sulaiman

Kawasan Pilihan Raya: N.70 Kukusan

Peratus undian (%): 42.38

Calon: Armani binti Mahiruddin

Kawasan Pilihan Raya: N.52 Sungai Sibuga

Peratus undian (%): 41.95

Calon: Hazulizah Mohd Dani

Kawasan Pilihan Raya: N.53 Sekong

Peratus undian (%): 40.24

Calon: Andi Rus Diana bt Andi Paladjareng

Kawasan Pilihan Raya: N.67 Balung

Peratus undian (%):37.19

Calon: Norlizah binti Gurahman

Kawasan Pilihan Raya: N.04 Tanjung Kapor

Peratus undian (%): 36.85

Calon: Norsabrina binti Japar

Kawasan Pilihan Raya: N.48 Sugut

Peratus undian (%): 35.52

Kami juga menolak sebarang lantikan kepada individu yang tidak bertanding semasa Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16. Sebagai negeri yang mengamalkan sistem demokrasi, kami sangat membantah pelantikan individu bagi mana-mana kedudukan atas alasan sebagi tanda penghargaan kepada mereka dan bukannya disebabkan sumbangan mereka kepada masyarakat apatah lagi golongan individu yang berasal daripada parti politik yang langsung tidak bertanding dalam pilihan raya.

Akhir sekali, kami menggesa Ketua Menteri untuk melantik ADUN wanita daripada gabungan yang memerintah, Julita Mojungki (N.05 Matunggong) dan Flovia Ng (N.44 Tulid) dan juga beberapa calon wanita ADUN lain untuk dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Ketua Menteri.

Kami, SAWO dan Rakyat is Bos, sekumpulan golongan orang muda Sabah, memohon anda untuk menandatangani petisyen ini bagi menunjukkan solidariti anda dalam memperjuangkan penglibatan lebih ramai golongan wanita dalam DUN Sabah.

[ English ]

Make 6 of the best women candidates who lost in PRN 16 to be nominated as ADUNs

Dear Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin,
Chief Minister Datuk Seri Hajiji Mohd Noor,
Chief of Barisan Nasional Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin,
Chief of Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili,
and Chief of Warisan Plus Datuk Seri Panglima Shafie bin Apdal,

We call for the appointment of the six women best losers in the recent Sabah State Election as the nominated members of the Legislative Assembly of Sabah (DUN Sabah).

The results of the 16th Sabah State Election revealed that only seven (7) women candidates won in their respective constituency and that makes up less than 10% of the ADUNs to be women. This percentage is a far cry from reaching at least 30% women participation in decision-making positions as targeted by the Malaysian government in the 9th Malaysia Plan 2006-2010. There was not even a single woman appointed in the first round of ministerial selection, let alone a woman deputy chief minister.

SAWO and Rakyat Is Bos stress that, gender inclusion is an integral part of Sabah’s identity as a liberal and inclusive society. Sadly, all major coalitions and parties, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), PBS and Warisan Plus had failed to uphold Sabah’s liberal nature by nominating at least 30% of women candidates.

As a progressive democratic state, the DUN should comprise of people from the marginalised groups to ensure inclusivity in policy and legislative decisions that will affect the lives of all Sabahans.

After the nomination which saw only 43 women out of 447 candidates, SAWO and Rakyat Is Bos had made a widely-reported and well-received suggestion on 19 September for all the six nominated seats to be filled with women if less than 18 women are elected as assemblypersons (ADUNs) to close the gap from the international benchmark of 30%.

SAWO and Rakyat is Bos now call upon PN, BN, PBS and Warisan Plus to make it a Sabah cross-party consensus that Nominated Seats would be reserved for the best women candidates who lost if women percentage in the DUN falls below 30%.

SAWO and Rakyat is Bos say, all six of the best women candidates who lost are influential women who won more than 30% of the total valid votes cast. Appointing them is also empowering voters who trusted these women candidates to represent them and the issues of their community.

Percentage of votes for the best women candidates who lost in their respective constituencies

Candidate: Chaya binti Sulaiman

Constituency: N.70 Kukusan

Percentage of votes in their respective constituency (%): 42.38

Candidate: Armani binti Mahiruddin

Constituency: N.52 Sungai Sibuga

Percentage of votes in their respective constituency (%): 41.95

Candidate: Hazulizah Mohd Dani

Constituency: N.53 Sekong

Percentage of votes in their respective constituency (%): 40.24

Candidate: Andi Rus Diana bt Andi Paladjareng

Constituency: N.67 Balung

Percentage of votes in their respective constituency (%):37.19

Candidate: Norlizah binti Gurahman

Constituency: N.04 Tanjung Kapor

Percentage of votes in their respective constituency (%): 36.85

Candidate: Norsabrina binti Japar

Constituency: N.48 Sugut

Percentage of votes in their respective constituency (%): 35.52

SAWO and Rakyat Is Bos also reject the nomination of individuals who did not contest in the election. As a democratic state, we are repulsed by the nomination of people who are given the seat as a token instead of their true contribution to society especially individuals from parties that did not even run in the election.

Finally, SAWO and Rakyat Is Bos urge the Chief Minister to appoint the ruling coalition’s only two women ADUNs, Julita Mojungki (N05 Matunggong) and Flovia Ng (N44 Tulid) and even some of the women nominated ADUNs as Ministers and Assistant Ministers.

[ Photo credit: Facebook ] 

Support now
Signatures: 939Next Goal: 1,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin
  • Chief Minister Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
  • Chief of Barisan Nasional Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin
  • Chief of Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili
  • Chief of Warisan Plus Datuk Seri Panglima Shafie bin Apdal