BANTAHAN CADANGAN PEMBINAAN SJK(C) TOO JOON HING DI BANDAR KINRARA PUCHONG SELANGOR

BANTAHAN CADANGAN PEMBINAAN SJK(C) TOO JOON HING DI BANDAR KINRARA PUCHONG SELANGOR

Started
24 April 2021
Petition to
YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI (Menteri Besar Selangor) and 6 others
Signatures: 31,568Next Goal: 35,000
Support now

Why this petition matters

Salam Sejahtera,

“KAMI PENDUDUK BANDAR KINRARA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PEMBINAAN SJK(C) TOO JOON HING. KAMI  MENYOKONG PEMBINAAN SEKOLAH KEBANGSAAN UNTUK SEMUA KAUM”

Bandar Kinrara merupakan kawasan berpenduduk majoriti melayu secara amnya. Pihak pemaju sebelum ini dibawah pengurusan Perumahan Kinrara Berhad (PKB) telah menyediakan satu tapak untuk sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) dibangunkan di fasa BK5B. Sekolah Kebangsaan adalah sekolah yang boleh dimohon oleh anak-anak daripada pelbagai latar belakang kaum samada Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan, Punjabi dan sebagainya. Ia adalah sekolah terbaik untuk integrasi nasional sejak diawal alam persekolahan kanak-kanak di Malaysia.

Namun, sejak awal April 2021, penduduk di kawasan Bandar Kinrara dikejutkan dengan kerja-kerja pemindahan tanah secara tergesa-gesa yang menggusarkan penduduk di tapak sekolah kebangsaan tersebut untuk dibina sebuah sekolah yang dinamakan SJK(C) Too Joon Hing melalui maklumat daripada papan iklan yang dipasang.

Ini menimbulkan pelbagai persoalan daripada penduduk diantaranya:

  1. Tiada notis, perbincangan atau tinjauan dibuat oleh pihak berkenaan bersama dengan persatuan penduduk sebelum kerja-kerja pemindahan tanah dilakukan. Justeru itu penduduk menganggap bahawa tanah tersebut telah diceroboh untuk tujuan pengkomersialan oleh pihak tertentu. Lebih memburukkan keadaan kami mendapati pokok-pokok ditapak tersebut tidak ditebang dengan baik dan ini membahayakan para penduduk yang berdekatan.
  2. Persoalan seterusnya ialah bagaimana sekolah ini yang pernah dirancang dibina di Taman Putra Prima Puchong dipindahkan ke Bandar Kinrara dengan kelulusan pihak-pihak tertentu termasuk penukaran status daripada SK kepada SJK(C). Kami mendesak persoalan ini dijawab oleh pihak berwajib secara telus.
  3. Ingin ditekankan disini bahawa terdapat ketidakseimbangan jumlah sekolah antara SJK(C) dan SK. Bancian persatuan penduduk mendapati terdapat sekurang-kurangnya enam (6) buah sekolah SJK(C) sedia ada dalam radius jarak 5km dari BK5B berbanding hanya tiga (3) buah sekolah kebangsaaan. Ini bermaksud jumlah sekolah kebangsaan mengalami kekurangan yang nyata walaupun mempunyai kepadatan penduduk melayu yang tinggi di Bandar Kinrara ini. Malah sekolah-sekolah kebangsaan tersebut terpaksa membuat dua sesi persekolahan pagi dan petang bagi menampung jumlah murid yang terlalu ramai.  Apakah ini suatu keadilan dan kelestarian dalam sistem pendidikan negara kita ?
  4. Apakah keharmonian dan perpaduan nasional penduduk dapat terus dicapai dengan membangunkan sekolah-sekolah seperti SJK(C) di kawasan majoriti penduduk melayu. Dimana rasionalnya dan betapa dangkalnya jika alasan mengurangkan kesesakan dijadikan sebab untuk membina sekolah SJK(C) di kawasan tersebut. 
  5. Adakah kelulusan pembinaan SKJ(C) Too Hoon Jing di kawasan majoriti melayu ini dibuat secara sambil lewa atau tidak melalui proses yang lebih berintegriti oleh pihak berwajib dengan tidak mengambil kira pendapat atau saranan persatuan penduduk sedia ada. Sekali lagi kami mendesak perkara ini dijawab oleh pihak yang berkenaan.

Kami tidak menolak pendidikan tetapi kami meminta keadilan dalam pendidikan untuk seluruh rakyat Malaysia. Dengan ini, kami Persatuan Penduduk Bandar Kinrara mendesak pihak-pihak yang berkenaan:

  • Menteri Besar Selangor
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Pejabat Pendidikan Daerah/Negeri (PPD/PPN)
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  • ADUN Kinrara 

agar dapat berbincang dalam mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai hal pencerobohan tanah dan bantahan kami terhadap pembinaan SJK(C) Too Joon Hing ini.  

Kami juga mencadangkan dan menyeru pihak kerajaan untuk:

  1. Membina sebuah sekolah kebangsaan di penempatan BK5B seperti mana perancangan asalnya demi kebaikan semua kaum di Bandar Kinrara dan kawasan-kawasan yang berdekatan.
  2. Memperbanyakkan pembinaan sekolah kebangsaan diseluruh negara ini supaya menjadi sandaran dan aspirasi semua rakyat dalam mencapai keharmonian dan integrasi nasional dengan lebih meluas sejak dari peringkat awal pendidikan anak-anak bangsa.
  3. Mewujudkan silabus tiga bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi tujuan menghormati dan sekaligus memperkasakan anak-anak Malaysia dengan kemahiran bertutur dan memahami tiga bahasa utama ini sebagai persediaan kareer yang semakin mencabar kini.
  4. Mengesyorkan ke arah satu jenis sekolah kebangsaan seperti negara-negara luar sebagai jangka masa panjang keharmonian integrasi nasional di Malaysia.
         

“KAMI PENDUDUK BANDAR KINRARA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PEMBINAAN SJK(C) TOO JOON HING.  KAMI MENYOKONG PEMBINAAN SEKOLAH KEBANGSAAN UNTUK SEMUA KAUM”

 

Haji Mohamed Haron Bin Haji Mohamad Sidik 

Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara Puchong Selangor

Support now
Signatures: 31,568Next Goal: 35,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARIMenteri Besar Selangor
  • YB DATUK DR MOHD RADZI MD JIDINMenteri Kanan Pendidikan
  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAAduan
  • JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGORJabatan Pendidikan Negeri
  • YDH. TPr. HJH NORAINI BT HJ ROSLANDatuk Bandar MBSJ