Kekalkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Bagi Meneruskan dan Mengukuhkan Reformasi Parlimen

Kekalkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Bagi Meneruskan dan Mengukuhkan Reformasi Parlimen

Started
29 June 2020
Petition to
malaysian and
Signatures: 16,657Next Goal: 25,000
Support now

Why this petition matters

Started by Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil(Bersih 2.0)

KEKALKAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT TAN SRI MOHAMAD ARIFF BAGI MENERUSKAN DAN MENGUKUHKAN REFORMASI PARLIMEN

Kami, rakyat Malaysia, dengan tegas menolak usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari pertama sidang Parlimen pada 13 Julai untuk menukar Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalannya, Nga Kor Ming. Seorang lagi Timbalan Yang Di-Pertua Rashid Hasnon yang merupakan salah seorang ahli parlimen di kem Muhyiddin dilihat tidak terkesan oleh usul tersebut. Usul bagi menukar Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada pertengahan penggal tidak pernah terjadi di Malaysia kerana jawatan tersebut biasanya kosong apabila Parlimen dibubarkan, adanya kematian ataupun perletakan jawatan.

Secara konvensyen, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dalam Sistem Parlimen Westminster perlu berada di atas politik partisan dan sekiranya beliau merupakan ahli parlimen, beliau perlu meletakkan jawatan di dalam parti politik apabila dilantik secara majoriti ahli parlimen kerana adalah sangat penting Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dilihat sebagai pengelola Dewan yang adil.

Sebaliknya di Malaysia, Yang Di-Pertua Dewan secara tradisinya dianggap pengawal pintu kepada Eksekutif, menahan usul atau rang undang-undang oleh pembangkang atau bahkan menghadkan ucapan, yang menghakis keadilan jawatan tersebut. Yang Di-Pertua Ariff, yang bukan merupakan ahli parlimen dan telah meletak jawatan daripada parti politik sejak pelantikannya bermula pada Sidang Parlimen ke-14 pada tahun 2018, telah mentransformasikan jawatannya dengan saksama dan benar-benar menghargai semangat kepelbagaian parti.

Sebagai rakyat dan pembayar cukai, kita membayar RM44 juta setahun secara bulanan, termasuklah RM16,000 untuk ahli-ahli parlimen, RM31,000 untuk Yang di-Pertua Dewan dan RM22,000 untuk timbalan, bagi menanggung Dewan Rakyat. Memandangkan Malaysia sedang menghadapi penularan wabak Covid-19 dan kemelesetan ekonomi global, kita tidak dapat menanggung Dewan Rakyat menjadi gajah putih yang menelan perbelanjaan RM44 juta setahun untuk elaun sahaja, atau hanya meluluskan kehendak Eksekutif sahaja.

Kami menggesa semua ahli parlimen untuk menyokong Ariff untuk meneruskan reformasi yang sedang dilaksanakan di bawah kepimpinan beliau:

1. Pembentukan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang rentas parti bagi meneliti polisi dan perbelanjaan kementerian tertentu dan mempunyai kuasa untuk memanggil individu, rekod dan dokumen. Ini memberikan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pembentukan polisi dan meneliti fungsi kerajaan.

2. Pelantikan ahli parlimen pembangkang untuk mempengerusikan Jawatankuasa Audit. Ini telah memperkasakan pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan di parlimen.

3. Parlimen menjadi institusi yang lebih mesra rakyat, di mana mereka telah menganjurkan majlis, biasanya dengan berkolaborasi dengan organisasi tempatan dan antarabangsa, untuk memperkasakan perbahasan berkenaan demokrasi dan hak asasi manusia, selain memberikan akses mudah kepada ahli akademik, pelajar dan ahli pertubuhan masyarakat sivil.

Kami menggesa ahli-ahli parlimen untuk mendengar keluhan rakyat untuk mempunyai parlimen yang berfungsi dan berdaya saing, menghormati mandat mereka sebagai suara rakyat dan bukan sekadar nombor dalam 112, dan menolak usul oleh Muhyiddin untuk menukar Yang D-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ariff Mohamad pada 13 Julai 2020 nanti.

Dilancarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

RETAIN DEWAN RAKYAT SPEAKER TAN SRI MOHD ARIFF TO CONTINUE AND DEEPEN PARLIAMENTARY REFORM

We, the citizens of Malaysia, staunchly oppose the Prime Minister Muhyiddin Yassin's motion to remove the Speaker of the Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof and his Deputy Nga Kor MIng on the first day of the next Parliamentary sitting on 13th of July. The other Deputy Speaker Rashid Hasnon who is an MP aligned to Muhyiddin is unaffected by the move. Such a motion to remove a Speaker of the House mid-term is unprecedented in Malaysia as the position is usually only vacated when Parliament is dissolved, upon death or resignation.

By convention, the House Speaker of a Westminster Parliament should be above partisan politics. If he/she is an MP, upon election by fellow MPs, must retire from party politics to function as the impartial presiding official in the House.

In Malaysia, however, parliamentary speakers are traditionally treated as gatekeepers for the Executive, blocking motions or bills tabled by the opposition or even restricting speeches , greatly undermining the impartiality of the office. Speaker Ariff, who is not an MP and has retired from party politics since his appointment at the start of the 14th Parliament in 2018, has transformed his office with impartiality and a genuine appreciation for multipartisanship.

As citizens and taxpayers, we pay RM 44 million a year in monthly allowance alone, including RM 16,000 for MPs, RM 31,000 for the Speaker and RM 22,000 for deputy speakers, to maintain the Dewan Rakyat. As Malaysia is facing both the Covid-19 outbreak and global recession, we cannot afford Dewan Rakyat to revert to be an RM 44m-a-year white elephant, or a mere rubber-stamp of the Executive.

We urge all MPs to also rally behind Ariff to continue the unprecedented reforms that have taken place under his speakership:

1. The formation of 10 cross-party Select Committees that have oversight over policy and finance of a particular ministry and have the power to summon persons, records and documents. This has allowed government backbenchers and opposition members to play a meaningful role in law-making, policy formulation and scrutiny of government functions.

2. The appointment of an Opposition MP to chair the powerful Public Accounts Committee (PAC). This has empowered the Opposition to play an effective check and balance role in Parliament.

3. Parliament as a more people-centric and friendly institution, which has organised events, often in collaboration with local and international organizations, to advance debates on democracy and human rights, besides easy access for academics, students and members of civil society.

We demand the MPs to hear the public's outcry for a functioning and competent Parliament, respect their mandate as the people's voice and not just a number in 112, and reject the motion by Muhyiddin to remove Speaker Ariff on the 13th of July 2020.

Initiated by:
The Steering Committee of Bersih 2.0

Support now
Signatures: 16,657Next Goal: 25,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code