SELAMATKAN MALAYSIA DARI WABAK COVID-19

SELAMATKAN MALAYSIA DARI WABAK COVID-19

Started
3 February 2021
Petition to
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'aya and
Signatures: 223Next Goal: 500
Support now

Why this petition matters

Started by Positive2U P2U

Semenjak bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada 18 Mac 2020 sehingga sekarang PKP 2.0, peningkatan kes-kes Covid-19 terus menunjukkan jumlah yang tinggi, bukan sahaja kes aktif yang menggunung bahkan kes baharu turut membukit. Pakar sektor kesihatan menggesa kerajaan supaya mengeluarkan pelan B sebagai alternatif untuk menangani wabak Covid-19. Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham turut menzahirkan kekecewaan terhadap segelintir rakyat yang sambalewa dalam pematuhan SOP & tidak menghargai kelonggaran yang diberikan sepanjang PKP dilaksanakan. Andai begini sikap rata-rata netizen, bagaimana kita mampu melandaikan & mengawal kes Covid-19 yang semakin mencanak ini?

PKP, PKPB, PKPD mahupun PKPP, kini hanya sekadar perbezaan huruf sahaja. Rata-rata masyarakat sudah pun keliru dengan pelaksanaan setiap perintah kawalan pergerakan bahkan ada yang menganggapnya tiada apa-apa & tidak langsung menjejaskan rutin harian mereka. Jika begitu, apa gunanya pelaksanaan PKP 2.0?

Pada sisi yang lainnya pula, badan-badan swasta terus-menerus membantah pelaksanaan perintah kawalan yang lebih ketat kerana ia hanya akan membinasakan sektor ekonomi negara. Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiaran secara langsung setiap hari untuk melaporkan keadaan semasa, namun jika diperhatikan tiap-tiap komen diruangkan  Live mereka, keluhan demi keluhan diluahkan rakyat semakin ketara. Disebalik setiap keluhan & aduan yang diajukan itu terlindung kecewa, panik & tidak daya rakyat dalam mengharungi pandemik ini.

Kini, rakyat seolah-olah sudah lali dengan pelaksanaan PKP. Dengan mentality rakyat yang semakin lama semakin hilang keyakinan terhadap keberkesanan PKP ini, agak-agaknya apa yang mampu kita capai? Berbekalkan momentum yang ada, masih mampukah untuk kita gunakan melawan pandemik yang memburuk ini? PKP 2.0 bagaikan pistol kosong tidak berpeluru, pelaksanaan berjalan namun keadaan tidak membaik, itu yang difikirkan rakyat. Keyakinan yang menyusut & Kerjasama yang gagal dicapai, inikah yang kita mahukan? Cukupkah untuk dijadikan senjata melawan musuh biologi ini?

Pada saat-saat getir ini, keyakinan rakyat untuk memerangi wabak Covid-19 semakin pudar dek pergelutan dalaman negara kita sendiri. Oleh itu, Perdana Menteri yang dihormati dan para pemimpin yang dihormati sekalian, yang menjadi tunggak suara masyarakat, yang merupakan tiang utama keluarga masing-masing, tidak kira latar belakang, politik, etnik bahkan agama, ayuhlah kita sama-sama menyuarakan deklarasi "SELAMATKAN MALAYSIA DARI WABAK COVID-19" ke seluruh pelusuk negara Malaysia yang kita cintai ini agar sedikit sebanyak keyakinan rakyat mampu dipulihkan & semangat melawan pandemik ini mampu diteruskan dengan kekuatan yang tersisa.

Jika negara itu pincang, mana mungkin rakyat harmoni!

 

从2020年3月18日开始的MCO,到2021年的MCO 2.0,疫情确诊率不但屡屡创新高,活跃病例更也在增加中!卫生专家开始呼吁政府要准备推行行管B计划,疲惫不堪的抗疫大队长诺希山也开呛,人们不珍惜政府对行管的放松,好多人不遵守防疫SOP,疫情怎么可能压平?

在民间MCO、EMCO、CMCO与RMCO已经傻傻分不清,不同的大概是字母上的小差别?不管哪个MCO,人民每天的生活根本就没有什么不一样,日子照样过,大家根本就搞不通MCO 2.0的用意是什么?

另一方面,很多民间组织已经不断对政府发言,千万不可再实施更严格的行管措施,否则在病死之前已经先饿死了!国家执行单位每天做LIVE,报告这个报告那个,但是底下的留言都可以感受到民怨的程度不断在提高,而怨言背后躲藏的尽是恐慌、失望与无奈!

大家对抗疫MCO的焦点,已逐渐陷入非阻疫非抗疫的螺旋了,这终究会转动出哪一种拉平疫情的信心与能量?大家开始对政府实施的MCO 2.0失去信心,努力遵从行管令,但是疫情一直恶化!国家这样涣散的合作信念与能量是正确管道的做法吗?

这个关键时刻,请首相整合领袖们不分政党,不分行业背景,不分种族,不分州属乡镇,一起站出来,发布《拯救马来西亚疫情》共同宣言,重建人民对行管政策的信心与能量!

国家不好,人民不可能好!

Support now
Signatures: 223Next Goal: 500
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • JABATAN PERDANA MENTERI
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'aya
  • Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin
  • Democratic Action Party
  • Malaysian Chinese Association