MEMORANDUM MENYELAMATKAN BEKAS PESAKIT DIALISI MAWAR 拯救森爱心洗肾病人备忘录

MEMORANDUM MENYELAMATKAN BEKAS PESAKIT DIALISI MAWAR 拯救森爱心洗肾病人备忘录

Started
6 March 2019
Petition to
AHLI JAWATANKUASA MENYELAMATKAN PESAKIT-PESAKIT DIALISIS 拯救爱心洗肾病人委员会
Signatures: 1,099Next Goal: 1,500
Support now

Why this petition matters

Started by AHLI JAWATANKUASA MENYELAMATKAN PESAKIT-PESAKIT DIALISIS

Sejak Pusat Hemodialisi Mawar (PHM) disita oleh pihak berkuasa pada 14.02.2019, Dua (2) orang bekas pesakit dialisi dari PHM telah meninggal dunia kebelakangan ini, dituduh oleh salah seorang ahli keluarga Si Mati bahawa disebabkan oleh perlengahan pemberian rawatan dialisis/ rancangan pemindahan pesakit-pesakit tersebut yang tidak sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Walaupun sebelum ini pihak Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri Sembilan telah memberikan jaminan bahawa suatu rancangan pemindahan bekas pesakit-pesakit dialysis PHM yang sewajarnya telah dijalankan oleh mereka, namun kematian kedua-dua pesakit tersebut menunjukkan bahawa pihak kerajaan gagal menunaikan janji mereka untuk melindungi nyawa pesakit-pesakit tersebut dan keputusan menyita PHM sememangnya dibuat secara tergesa-gesa tanpa rancangan rapi.

Oleh kerana terdapat lebih kurang 800 orang pesakit dialisis di seluruh negara yang sebelum ini menerima rawatan dialisis di PHM termasuk cawangan-cawangannya, maka kami dengan ini menyeru kepada semua anak negeri NS dan/ atau warganegara Malaysia yang risau/ bertimbang rasa dengan keadaan pesakit-pesakit dialisis tersebut, bersama-sama menyokong kempen menandatangani petisyen ini dan selanjutnya menyampaikan cadangan-cadangan berikut kepada Menteri Besar NS, Datuk Seri Aminuddin Bin Harun, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad:

1.      Meminta maaf kepada ahli-ahli keluarga 2 orang Si Mati dan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian/ kelemahan yang wujud dalam rancangan pemindahan pesakit tersebut yang menyebabkan kematian kedua-dua orang pesakit tersebut.

2.      Dengan serta-merta mengumumkan cara-cara meningkatkan rancangan pemindahan pesakit-pesakit sedia ada yang penuh dengan kelemahan dan mendedahkan mereka kepada risiko tinggi, termasuk memaksa mereka menerima rawatan dialisis sehingga awal pagi hari berikutnya (sesi 9.00pm-1.00am), mengarahkan mereka menerima rawatan di hospital awam yang berjarak jauh sehingga luar negeri (Kajang), dan mengarahkan mereka menerima rawatan di pusat hemodialisi swasta yang tidak sanggup dibiayai oleh mereka.

3.      Mempertimbangkan kemungkinan membuka semula setakat bahagian rawatan hemodialisis di premis Pusat Perubatan Mawar dalam masa terdekat, bagi memenuhi keperluan kecemasan pesakit tersebut, dengan dipantau oleh doktor kerajaan.

4.      Membuat keputusan dalam masa terdekat menentukan nasib/ masa depan PHM demi kepentingan pesakit-pesakit dialisis ini. Dan bukan terus disita dan terbiar tanpa arah seperti sedia ada.

5.       Mengkaji dan menetapkan rancangan jangka panjang untuk menawarkan tempat rawatan hemodialisi yang mencukupi dan mampu dibiayai, untuk memenuhi keperluan para pesakit dialisis di NS dan seluruh negara, khasnya bagi mereka yang berasal dari golongan miskin/ sederhana.

正所谓:人命关天!我们呼吁当局,不管基于什么理由查封有关洗肾中心,都必需把无辜洗肾病人的安危放在首要考量,保障和维护他们的生存权利。不得再继续意气用事或仓促行事,在缺乏周详规划和妥当安排的情况下,一再牺牲多位无辜病人的宝贵性命!

Support now
Signatures: 1,099Next Goal: 1,500
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • AHLI JAWATANKUASA MENYELAMATKAN PESAKIT-PESAKIT DIALISIS 拯救爱心洗肾病人委员会