Petisyen Untuk Memberi Vaksin Pneumokokus Secara Percuma Kepada Bayi Malaysia

Petisyen Untuk Memberi Vaksin Pneumokokus Secara Percuma Kepada Bayi Malaysia

Started
12 April 2019
Petition to
Orang awam and
Signatures: 70,661Next Goal: 75,000
Support now

Why this petition matters

Sebagai ibu bapa, kita mesti akan melakukan apa saja untuk melindungi anak-anak kita dari jatuh sakit, kan?

Tetapi, ada sesetengah penyakit kita tidak mampu untuk menghalang daripada menjangkiti mereka seperti penyakit pneumokokal (PnD).

Bila kanak-kanak dijangkiti PnD, mereka boleh menjadi pekak dan mengalami jangkitan pada otak, paru-paru dan juga darah.

Namun, ada berita baik kerana penyakit pneumokokal boleh dicegah dengan mengambil vaksin konjugat pneumokokus (PCV) seawal usia 2 bulan.

Anak-anak kita telah mendapat banyak manfaat daripada vaksinasi percuma di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di Malaysia. Pada tahun 2018, PCV telah diumumkan akan dimasukkan ke dalam NIP. Namun, vaksinasi ini masih belum mula diberikan.

Ini bermakna anak-anak kita masih terdedah kepada risiko jangkitan PnD terutamanya bayi-bayi yang terlalu muda, mereka yang tidak boleh menerima vaksin kerana masalah kesihatan dan golongan yang kurang mampu. Ibu bapa juga akan terbeban dari segi kewangan dan terpaksa menangguh kerja untuk menjaga anak yang sakit.

Jadi, mari bersama-sama menyokong petisyen ini dengan usahasama Menteri Kesihatan kita, YB Dzulkefly untuk memberi PCV secara PERCUMA demi masa depan anak-anak kita!

Mereka berhak mendapat perlindungan terbaik semasa membesar dan kita bertanggungjawab memberikannya.

Saya mahu #PCVforMYbaby.

Terima kasih.

Support now
Signatures: 70,661Next Goal: 75,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Orang awam
  • Menteri Kesihatan Malaysia