Menuntut Pengiktirafan dan Penegasan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.

Menuntut Pengiktirafan dan Penegasan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.

Started
27 December 2018
Petition to
Signatures: 150,755Next Goal: 200,000
Support now

Why this petition matters

Started by Sekretariat Malaysia Negara Islam (MNI)

Sejak dahulu lagi kita seringkali terdengar laungan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, bukannya negara Islam. Kini, pejuang-pejuang negara sekular ini telahpun menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. 

Berikut adalah beberapa contoh seruan-seruan oleh para pejuang negara sekular (dan anti-Malaysia negara Islam) yang pernah direkodkan:

"Malaysia is secular, no doubt about it" - YB Lim Kit Siang 

"Prinsip sekular Perlembagaan Persekutuan jadi pegangan DAP" - YB Hannah Yeoh

"Sarawak agreed to the formation of a secular Malaysia" - YB Baru Bian

"DAP has called on the King to refer to the Federal Court to clear the air about whether Malaysia is a secular state or not" - YB Gobind Singh

"Malaysia is not an Islamic State" - Tommy Thomas (Ketua Peguam Negara)

Malah, arus anak-anak muda yang terpengaruh dan menyokong agenda negara sekular ini juga kuat kedengaran di media-media sosial. 

Ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam, khususnya kepada nenek moyang kita yang telah bertungkus-lumus menegakkan dan menyediakan batu asas kepada negara Islam yang kita nikmati pada hari ini.

Walaubagaimanapun, kita yakin bahawa pemimpin-pemimpin khususnya wakil-wakil rakyat kita yang lain baik dari kerajaan mahupun pembangkang bersetuju dengan status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. 

Berikut adalah penerangan dan bukti ringkas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam:

MALAYSIA NEGARA ISLAM IKUT PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3(1) menyatakan dengan jelas bahawa Islam merupakan agama persekutuan walaubagaimanapun agama lain boleh diamalkan dengan aman. Melalui perkara ini, tokoh perundangan negara, Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim pernah menyatakan dengan tegas bahawa dengan adanya peruntukan ini dalam Perlembagaan Persekutuan maka Malaysia boleh memperkenalkan dan mengisytihar dirinya sebagai sebuah negara Islam.

TIADA SATU PUN PERKATAAN SEKULAR DI DALAM PERLEMBAGAAN

Tidak ada sepatah pun perkataan ‘sekular’ wujud dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Tunjukkan kepada semua jika ada perkataan sekular dalam perlembagaan! Tetapi, perkataan Islam wujud dan diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan kita.

PENUBUHAN INSTITUSI ISLAM

Antara bukti paling nyata bahawa Malaysia tiada keraguan lagi adalah negara Islam ialah penubuhan pelbagai institusi/jabatan berkaitan pentadbiran Islam. Contohnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Mufti! Dan semua ini berada dibawah kerajaan persekutuan dan sekali lagi termaktub dalam perlembagaan persekutuan! Tidak ada mana-mana negata sekulat di dunia yang punyai peruntukan sedemikian.

SISTEM MAHKAMAH SYARIAH

Wujudnya sistem mahkamah syariah dalam sesebuah negara membuktikan dan tidak ada keraguan bahawa negara tersebut adalah negara Islam. Malah pada tahun 1988, suatu pindaan telah dibuat terhadap Perkara 121 untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan bagi memastikan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam urusan Mahkamah Syariah! Walaubagaimanapun, kita tidak menafikan bahawa masih terdapat kelompongan yang kita berharap kerajaan tidak lagi bertangguh untuk mengangkat martabat mahkamah syariah ini!

PENTING UNTUK ISYTIHAR MALAYSIA NEGARA ISLAM

Maka, dengan hujah utama yang bersandar pada Perlembagaan Persekutuan tidak perlu ada keraguan untuk kerajaan mengisytihar dalam Parlimen agar dapat direkod dalam hansard bahawasanya Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Tidak cukup sekadar itu, kerajaan juga perlu memastikan secara keseluruhan dasar-dasar dan polisi kerajaan selari dengan syariat Islam. Kami desak kerajaan untuk dengan tegas menolak unsur-unsur songsang seperti sekular, liberal dan lain-lain fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Kita juga menggesa agar menteri kabinet dan ahli parlimen keseluruhannya menghormati Malaysia sebagai Negara Islam dan tidak lagi dengan biadap 
mencabar dan mengisytihar Malaysia sebagai negara sekular!

KEMPEN MALAYSIA NEGARA ISLAM

Baru-baru ini, telah dilancarkan Kempen Malaysia Negara Islam yang bertujuan untuk mempertegaskan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam berdasarkan sejarah, budaya, perlembagaan dan syarak. 

8 SERUAN KEMPEN MALAYSIA NEGARA ISLAM:

1. Menolak seruan yang mengatakan Malaysia negara sekular.

2. Menegaskan bahawa Malaysia ialah Tanah Melayu dan Bangsa Melayu sebagai penduduk asalnya.

3. Mengajak rakyat untuk berjuang melaksanakan kewajipan Islam dalam konteks bernegara.

4. Memperkasa peranan Undang-Undang Islam dalam Sistem Kehakiman Negara.

5. Mengukuhkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan.

6. Mengetengahkan realiti Konsep Keadilan Negara Islam yang bertunjangkan Kuasa Ilahi berbanding kekurangan tamadun lain yang bertunjangkan kepada hawa nafsu.

7. Mempromosi asimilasi budaya dan adat Melayu dengan Islam dari aspek bahasa, nama, adat, budaya, pakaian, nilai murni dan makanan.

8. Mengajak rakyat kembali mengenal kehebatan Tamadun Melayu Islam.

 TUNTUTAN-TUNTUAN PETISYEN

Maka, kita rakyat Malaysia menuntut supaya:

1. Perdana Menteri menegaskan secara jelas di dalam Parlimen bahawa Malaysia ialah Negara Islam.

2. Ahli-ahli parlimen menyokong di dalam Parlimen bahawa Malaysia ialah Negara Islam.

3. Yang Di-Pertuan Agong menitahkan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, sekaligus menafikan Malaysia sebagai Negara Sekular.

Tuntutan-tuntutan ini sangat penting kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Yang Di-Pertuan Agong dan ahli-ahli parlimen akan menjadi rujukan yang kuat dan kukuh bagi menutup ruang arus serangan pejuang-pejuang negara sekular pada masa kini dan akan datang.

Wallahu'alam.

Support now
Signatures: 150,755Next Goal: 200,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers