BATAL UPKK 2020/2021 DAN KAEDAH BAHARU PENILAIAN UPKK 2022

BATAL UPKK 2020/2021 DAN KAEDAH BAHARU PENILAIAN UPKK 2022

Started
June 14, 2021
Petition to
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
Signatures: 483Next Goal: 500
Support now

Why this petition matters

Merujuk kepada Kenyataan Media dari pihak JAKIM bil.21/2021 berkenaan UPKK 2021. Pihak JAKIM sudah memutuskan untuk mahu mengekalkan perancangan asalnya bagi meneruskan penilaian UPKK untuk calon 2020 dan 2021.

Berikut adalah pandangan , persoalan dan cadangan yang diharapkan agar dapat diberi perhatian dari pihak JAKIM.

Sudahkan pihak JAKIM membuat semakan bertanya status kepada guru-guru KAFA sejauh mana subjek amali ini sudah dilaksanakan? Walaupun dimaklumkan sudah bermula dari awal takwim persekolahan 2021 termasuklah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) dan Printah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) .

Tanyalah ibu-bapa sendiri kekerapan UPKK diajar dalam talian. Pihak JAKIM juga perlu cakna tentang isu peranti dan internet di rumah. Juga tolong tanya alatan mengajar guru KAFA samada mencukupi ataupun tidak?

Sejauh mana keberkesanan perlaksaan UPKK ini jika diteruskan tetapi mengabaikan isu penting seperti yang saya sebutkan di atas.

Kami tidak pasti bagaimana JAKIM dan Kementerian Pendidikan berkomunikasi / bekerjasama kerana kita semua sedia maklum bahawa pembelajaran dalam talian akan berlangsung sehingga akhir bulan Julai 2021.

Dan selepas itu, ianya bergantung kepada kes Covid-19 pada waktu itu. Persoalan saya, adakah pada waktu ini sudah pasti sekolah dibuka? Sedangkan Menteri Pelajaran sendiri sudah memaklumkan bahawa pembukaan persekolahan masih belum dapat dipastikan lagi.

Adakah kita semua selama ini tidak sedar bahawa penjagaan S.O.P di kalangan para pelajar adalah sesuatu yang mencabar untuk dikawal ? Jangan lah kes baru nak menurun, kembali menjadi serius dek kerana hanya kerana mahu UPKK tetap dijalankan.

Sudahlah calon tahun ini digabungkan dengan tahun lepas. Kesemua peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah juga sudah dibatalkan. Kenapa UPKK masih mahu dijalankan ? Mengapa pada tahun lepas kes Covid-19 tidak sebanyak tahun ini dibatalkan, tetapi masih mahu dijalankan ketika kes sangat membimbangkan.

Untuk subjek khat, bagaimana secara efektif pengajaran ini dapat dilakukan oleh guru KAFA secara dalam talian? adalah mencabar untuk guru Kafa mengajar secara dalam talian cara menulis menggunakan pensel khat .

Tajuk di bawah Penghayatan Cara Hidup Islam pula, terbahagi kepada empat bahagian. Iaitu – peradaban, ibadah, akidah dan sahsiah. Dukacita dimaklumkan bahawa boleh dikatakan semuanya perlu kepada hafalan semata-semata.

UPKK akan kekal relevan hanya pada waktu persekolahan biasa tetapi bukan lah pada waktu sekarang yang kita sedia maklum bahawa pembelajaran dalam talian tidak akan pernah sama kualitinya dengan pembelajaran secara fizikal.

Janganlah nanti apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, terdapat penyataan tentang penambahbaikan pada peratusan lulus atau cemerlang kerana kita tahu bahawa hakikat sebenar apa yang berlaku.

Silibus UPKK adalah meliputi silibus dari tahun 3 – tahun 5. Bagaimana pihak JAKIM begitu yakin bahawa guru KAFA dan murid-murid dapat menghabiskan semua silibus ini di kala pembelajaran dalam talian pun ada masalah.

Cadangan kami , tolong lihat semula satu persatu bahagian amali tersebut,penghayatan cara hidup islam dan surah-surah hafazan. Mana yang boleh dikurangkan, tolonglah kurangkan. Janganlah membebankan murid-murid atas kepentingan lain.

Jika nak batalkan UPKK pada tahun pun lagi bagus. Pihak JAKIM dah boleh fikir apa cara atau jalan lain untuk gantikan UPKK ini bagi membantu pelajar-pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka ke sekolah / kelas aliran agama.

Akhir kata, kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik agar pihak JAKIM mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan isu ini.

Pendidikan agama bukan hanya dinilai di atas kertas ataupun amali yang keputusannya hitam ataupun putih. Ianya lebih dari itu. Mudahkan hal berkaitan penilaian terutamanya subjek agama kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah rendah .

Sekian. Terima Kasih.

 

 

Support now
Signatures: 483Next Goal: 500
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision Makers

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )