Jenayahkan Stalking di Malaysia

Jenayahkan Stalking di Malaysia

Started
19 August 2020
Petition to
YB Dato' Sri Azalina Binti Othman (Menteri Undang-Undang) and 4 others
Signatures: 12,723Next Goal: 15,000
Support now

Why this petition matters

Started by Women's Aid Organisation

Dia mengekori saya setiap hari, ketika saya pergi dan pulang dari kerja – dia menunggu di luar rumah saya berjam-jam. Dia pernah menghantar lebih 20 pesanan teks kepada saya setiap hari. Dia membuat lebih 10 akaun sosial media untuk menghubungi saya. Dia menghubungi rakan kerja dan ahli keluarga saya. Saya berasa amat takut, dan pernah terfikir untuk membunuh diri.”

Ini adalah pengalaman Mawar – seorang mangsa menghendap (stalking) di Malaysia.

Di Malaysia, menghendap MASIH BELUM satu kesalahan jenayah. Tiada ada peruntukan undang-undang bagi mangsa menghendap mendapatkan perintah perlindungan.

Oleh itu, pihak polis tidak dapat melindungi Mawar, atau menghalang pihak yang bertanggungjawab daripada menghendap Mawar.

Ini perlu diubah.

Kami menyeru YB Dato' Sri Azalina Othman (Menteri Undang-Undang) dan YB Tuan Ramkarpal Singh (Timbalan Menteri) untuk menjenayahkan menghendap di Malaysia dengan segera.

Satu kajian 2020 oleh Women’s Aid Organisation (WAO) dan Vase.ai menunjukkan lebih satu pertiga rakyat Malaysia pernah dihendap sampai rasa ketakutan. Kes menghendap masih berlaku sewaktu perintah kawalan pergerakan COVID-19 berkuatkuasa.

Banyak negara lain telahpun menjenayahkan menghendap, contohnya: Filipina, Jepun, Australia, Afghanistan, India, Singapura, Mongolia, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jerman, Republik Czech, UK dan Korea Selatan.

Kini sudah wujud sokongan menyeluruh untuk menjenayahkan menghendap di Malaysia. Ini termasuk pelbagai parti politik, agensi-agensi kerajaan, NGO, ahli akademik, dan orang awam.

Rang undang-undang anti-menghendap telah lulus di Dewan Rakyat pada Oktober 2022, namun sebab parlimen dibubarkan, RUU tersebut perlu dibentangkan lagi. 

Selagi kita tidak menjenayahkan menghendap, mangsa seperti Mawar – dan ribuan lagi rakyat Malaysia yang dihendap setiap tahun – kekal tanpa perlindungan.

Bantu kami melindungi mangsa hendap seperti Mawar dengan menandatangani petisyen kami untuk #JenayahkanMenghendap di Malaysia.

------------

He followed me everyday, to and from work – waiting outside my house for hours. He sent me more than 20 text messages a day. He created more than 10 social media accounts to try to reach me. He contacted my colleagues and family members. I felt afraid and lost, and thought about suicide.”

This is Mawar’s experience being stalked.

In Malaysia, stalking is NOT yet a crime. And there is no legal provision for stalking survivors to get restraining orders.

Because of this, the police could not protect Mawar, or hold the stalker accountable. 

We must change this.

We call on YB Dato' Sri Azalina Othman (Law Minister) and YB Tuan Ramkarpal Singh (Deputy Law Minister) to make stalking a crime in Malaysia.

A study by Women’s Aid Organisation and Vase.ai found that over a third of Malaysians have experienced stalking which caused them fear. Stalking cases still occurred throughout the COVID-19 movement control order periods.

Many countries have specific legal provisions on stalking, for example: Philippines, Japan, Australia, Afghanistan, India, Singapore, Mongolia, USA, Canada, New Zealand, South Africa, Germany, Czech Republic, the UK, and South Korea.

There is comprehensive support to make stalking a crime in Malaysia, including support from various political parties, government agencies, NGOs, academics, and the public.

The bill was passed in the Dewan Rakyat in October 2022, but due to the dissolution of parliament, it needs to be re-tabled for debate. 

Until we make stalking a crime, survivors like Mawar – and the thousands of Malaysians who experience stalking each year – remain unprotected.

Please help protect survivors like Mawar by signing our petition to #MakeStalkingACrime in Malaysia.

Support now
Signatures: 12,723Next Goal: 15,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • YB Dato' Sri Azalina Binti OthmanMenteri Undang-Undang
  • YB Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal SinghTimbalan Menteri Undang-Undang
  • YAB Dato' Seri Anwar Bin IbrahimPerdana Menteri
  • YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin IsmailMenteri Dalam Negeri
  • YBhg Tan Sri Idrus bin HarunPeguam Negara