Jadikan Vaksinasi Influenza Percuma oleh Kerajaan Satu Realiti untuk Warga Emas Malaysia

Jadikan Vaksinasi Influenza Percuma oleh Kerajaan Satu Realiti untuk Warga Emas Malaysia

Started
13 June 2023
Signatures: 2,921Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

Kepada semua warga emas, penjaga warga emas, pengamal kesihatan, dan warga yang prihatin! Mari sertai kami untuk memohon kerajaan memberikan vaksinasi influenza tahunan percuma untuk warga emas.

Warga emas, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik, berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang boleh membawa maut, seperti radang paru-paru, serangan jantung dan strok. Ini menjelaskan mengapa sehingga 70% kemasukan ke hospital dan 85% kematian berkaitan flu berlaku di kalangan mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan vaksinasi flu tahunan untuk mengurangkan risiko penyakit, kemasukan ke hospital dan kematian. 40 negara yang mengambil langkah proaktif (termasuk Thailand, Laos, Filipina dan Singapura) telah mula menawarkan vaksin flu percuma kepada warga emas.

Kami percaya bahawa Malaysia harus mencontohi langkah yang diambil negara-negara ini kerana semua warga emas berhak dilindungi, termasuk mereka yang tidak mampu mendapatkan vaksinasi flu.

Sokongan anda untuk petisyen ini boleh membuat perubahan yang bermakna dalam menyokong kesejahteraan warga emas di Malaysia. Sila tandatangan dan sebar kepada semua!

Petisyen ini dimulakan oleh Kumpulan Kerja Influenza Malaysia (di bawah Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia. Inisiatif ini disokong oleh Malaysian Alliance for the Prevention of Influenza (MyAPI) yang terdiri daripada:

Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia
Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia
Akademi Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran Malaysia
Asthma Malaysia
Gabungan Kesihatan Malaysia
Immunise4Life
Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia
Majlis Kebangsaan Persatuan Persatuan Warga Kanan Malaysia
Malaysian Coalition on Ageing
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia 
Persatuan Ahli Biokimia Klinikal Malaysia 
Persatuan Dietitian Malaysia
Persatuan Gabungan Pengamal Perubatan Malaysia
Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia
Persatuan Jururawat Malaysia
Persatuan Kajiparasit dan Perubatan Tropika Malaysia
Persatuan Kawalan Infeksi dan Penyakit Berjangkit Malaysia
Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia
Persatuan Media Era Ketiga
Persatuan Nefrologi Malaysia
Persatuan Oftalmologi Malaysia
Persatuan Onkologi Malaysia
Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
Persatuan Pediatrik Malaysia
Persatuan Pengendali Jagaan Berkediaman Warga Emas Se-Malaysia
Persatuan Penuaan Sihat Malaysia
Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia
Persatuan Perubatan Doktor Kesihatan Pekerjaan
Persatuan Perubatan Islam Malaysia
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia 
Pertubuhan Torasik Malaysia
Persatuan Urologi Malaysia
Persatuan Veteran ATM 
Universiti Era Ketiga Kuala Lumpur & Selangor, Malaysia
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
Yayasan Paru-Paru Malaysia

 

Support now
Signatures: 2,921Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code