Rayuan kepada PKNS – Jangan Musnahkan Shah Alam Community Forest

Rayuan kepada PKNS – Jangan Musnahkan Shah Alam Community Forest

Started
2 June 2022
Signatures: 106,459Next Goal: 150,000
Support now

Why this petition matters

Started by Alicia Teoh

KAMI, penduduk Shah Alam dan Selangor mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghentikan pembangunan di Shah Alam Community Forest (SACF) dan memastikan SELURUH kawasan hutan sini dilindungi atas LIMA sebab berikut:

1.     Hutan SACF adalah santuari untuk hampir 150 spesies hidupan liar* termasuk tapir, ungka (gibbon), sang kancil, kongkang (slow loris), lotong cengkung (dusky langur), kucing batu (leopard cat) dan burung kenyalang (hornbill). Juga terdapat 445 spesies tumbuhan** sini. Cadangan PKNS untuk memulihara cuma 34ha atau 35% daripada kawasan hutan SACF akan membawa impak negatif kepada ekosistem semulajadi dan mengakibatkan kepupusan hidupan liar di sini. Maka SELURUH hutan SACF perlu dikekalkan.

2.     Hutan SACF menyediakan perkhidmatan ekosistem yang amat penting seperti pencegahan banjir dan udara segar supaya kawasan bandar di sekitar lebih lestari dan berdaya tahan terhadap cuaca yang semakin melampau. SACF juga adalah kawasan berbukit-bukau yang CURAM. Pembangunan PKNS di sini boleh mengakibatkan hakisan tanah, tanah runtuh dan banjir kilat yang akan menyusahkan malah membahayakan orang ramai.

3.     Hutan SACF adalah kawasan riadah kegemaran orang ramai sejak 8 tahun yang lalu. Kira-kira 1,000 orang mengunjungi hutan ini setiap minggu untuk bersenam atau menikmati alam semula jadi. Oleh itu kami BERHARAP PKNS akan menjadi pemaju yang prihatin terhadap kehendak dan keperluan rakyat Selangor dan menggantikan tanah pembangunan lain yang lebih sesuai supaya SELURUH hutan SACF dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang. 

4.     Hutan SACF masih diwartakan sebagai hutan simpanan. Mengikut kajian Persatuan SACF, penyahwartaan (degazettement) hutan ini pada tahun 2006 di bawah kerajaan Barisan Nasional tidak dilakukan mengikut undang-undang. Penemuan ini telah disahkan oleh Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council). Kami berharap kerajaan Pakatan Harapan Selangor akan menghormati undang-undang dan mengiktiraf status rasmi hutan simpanan sini. 

5.     Hutan SACF adalah khazanah semulajadi yang berusia ribuan tahun. Ia adalah permata rimba yang patut dilindungi sebagai Taman Negeri Selangor rasmi yang menjadi riadah penduduk dan tarikan pelancong bagi manfaat jangka panjang. Kami merayu kepada PKNS – tolong jangan musnahkan hutan yang dicintai oleh masyarakat ini semata-mata untuk keuntungan jangka pendek.

 

Maklumat lanjut mengenai Shah Alam Community Forest:

Video SACF

https://shahalamforest.org/wp/

https://www.facebook.com/groups/ShahAlamCommunityForest

https://www.instagram.com/shahalamcommunityforest/?hl=en

 

* SACF Society Wildlife Survey (Nov 2020 – Feb 2022)
** SACF Society Flora Survey (Dec 2021 – Apr 2022)

Support now
Signatures: 106,459Next Goal: 150,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code