Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak

Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak

Started
26 August 2022
Signatures: 36,368Next Goal: 50,000
Support now

Why this petition matters

Started by BNComms Selangor

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun.

Merafak sembah solidariti rakyat untuk pengampunan diraja agar ke bawah duli Tuanku,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli mendengar hati nurani rakyat jelata.

Ampun Tuanku,

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara selektif telah didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan yang jelas kecacatan dan selektif sejak kes ini mula dibawa pada 2018.

Kecacatan yang jelas kelihatan tangan-tangan ghaib mengawal bermula daripada Hakim Mahkamah Tinggi yang secara merit sepatutnya menarik diri daripada menghakimi kes ini namun beliau bertindak balas dengan menghukum salah Datuk Seri Najib Razak.

Ampun Tuanku,

Akar umbi rakyat memohon ihsan dan perkenan kebawah duli Tuanku untuk membebaskan pemimpin kami daripada dipenjara secara salah, secara terpilih,  secara hasad dan bermotifkan dendam politik.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, ekonomi Malaysia berada dipuncaknya dengan pelbagai inisiatif ekonomi, penambahbaikan sosial, dana untuk pelajar dan kemasukan pelaburan asing tertinggi.

Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak juga disenangi dua kuasa ekonomi utama dunia Amerika Syarikat dan China. Beliau juga sentiasa berbaik-baik dengan negara tetangga, menjaga hati pemimpin Arab tetapi dalam masa sama masih menghormati negara dalam pertikaian, Taiwan.

Polisi ekonomi Datuk Seri Najib Razak yang memindahkan pemilikan khazanah rakyat dari taikun-taikun tertentu kepada syarikat milikan negara menyebabkan ada pihak sakit hati sekali gus memulakan plot politik jahat.

Ampun Tuanku,

Empat tahun tanpa kepimpinan Datuk Sri Najib Razak menyebabkan negara kita terkebelakang sehingga tidak lagi menjadi minat pelabur asing malah kerajaan asing kini berani membuli Malaysia termasuk dengan boleh menghentikan kemasukan pekerja asing sehingga Putrajaya terpaksa tunduk dengan desakan kerajaan asing.

Ampun Tuanku, kami rakyat merafak sembah memohon perkenan kebawah duli Tuanku agar Datuk Seri Najib Razak diampunkan dan dibebaskan daripada penghakiman yang berat sebelah.

 

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun

Sembah patik kami rakyat jelata mohon perkenan Tuanku

 

 

Support now
Signatures: 36,368Next Goal: 50,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code