SAVE BUKIT DINDING FROM EXCESSIVE DEVELOPMENT.

SAVE BUKIT DINDING FROM EXCESSIVE DEVELOPMENT.

Started
19 September 2022
Petition to
YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Bin Che Ngah (Datuk Bandar Kuala Lumpur) and
Signatures: 3,625Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

Started by Khrud Khairuddin

▶️ BUTIRAN:
Tetuan Nova Pesona Sdn Bhd (607029-M) bercadang membangunkan kediaman yang mengandungi 2 Blok Pangsapuri (300 unit) 26 tingkat di atas sebahagian Lot 26413 (Parcel 2), Off Jalan 1/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan.

Pemilik dan penduduk rumah di Wangsa Maju membantah sekeras-kerasnya cadangan pembinaan projek Pangsapuri oleh Pemaju Nova Pesona.

Projek ini membahayakan kerana :
1 -Pembangunan tersebut akan dibina di cerun Bukit Dinding yang terdapat MATA AIR. Ia adalah sebahagian daripada tadahan hujan yang melindungi kawasan persekitaran daripada ancaman banjir. Juga terdapat beberapa punca anak sungai di sekeliling Seksyen 5.

Pembangunan di cerun Bukit Dinding akan mengundang hakisan tanah dan landslide yang akan membahayakan nyawa keluarga saya.

Saya tidak ingin kejadian Highland Towers runtuh berulang. Dimana punca kejadian adalah terdapatnya aliran air dibawah tanah (kondo).

Dan rumah saya terletak bersebelahan dengan projek cadangan ini.

2. Lori-lori simen, pasir dan trak-trak pembangunan akan menggunakan jalan 1/27C dan juga jalan 10/27A untuk laluan ke Lot 26413. Jalan2 ini adalah jalan 2-lane sahaja dan banyak kenderan persendirian penduduk persekitaran di parking di bahu jalan.
2.1 Pada waktu-waktu puncak tertentu (7.30 am dan 11 hingga 12.30noon) jalan-jalan ini akan sesak dan jammed dan menjadi SATU HALA SAHAJA. Ini kerana kereta-kereta ibubapa yang beratur panjang untuk hantar dan ambil anak mereka di Tadika Bintang Cemerlang di persimpangan Jalan 1/27C dan Jalan 10/27A. Ini akan menambahkan kesesakan, kesukaran dan masalah keselamatan apabila bertembong dengan trak/lori kontraktor
2.2 Akan mengundang ancaman bahaya keselamatan dijalanraya kepada anak-anak penduduk persekitaran yang bermain di halaman depan rumah, yang keluar berjogging/beriadah dan penduduk (driving) yang menggunakan Jalan 1/27C dan Jalan 10/27A akan sentiasa bertembung dengan lori-lori pembangunan yang membahayakan.

3. Penambahan 1200 unit rumah di Lot 26413 juga akan mengundang kesesakan lalu-lintas. Sekiranya setiap unit mempunyai 2 buah kenderaan, maka ini adalah penambahan sebanyak 2400 buah kenderaan yang akan keluar masuk menggunakan jalan 1/27C dan Jalan 10/27A.

▶️ Hasil yang dikehendaki:

Saya memohon dan merayu agar Pihak DBKL mempertimbangkan dan membatalkan Kelulusan Pembangunan Tetuan Nova Pesona untuk projek di Bukit Dinding buat selama-lamanya demi kelestarian alam sekitar dan keselamatan penduduk sekitar kawasan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Demi kelestarian KUALA LUMPUR!! #SaveBukitDinding

Support now
Signatures: 3,625Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Bin Che NgahDatuk Bandar Kuala Lumpur
  • YBHG. DATUK SR HJ.KAMARULZAMAN BIN MAT SALLEHPengarah Eksekutif (Pengurusan Projek)
  • YBHG. DATUK TPr SULAIMAN BIN MOHAMEDPengarah Eksekutif (Perancangan)
  • YBHG. DATUK HJ. AZMI BIN ABDUL HAMIDPengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi)