Petisyen kepada PM Anwar Ibrahim dan Peguam Negara: Tiada DNAA untuk Najib dan Rosmah!

Petisyen kepada PM Anwar Ibrahim dan Peguam Negara: Tiada DNAA untuk Najib dan Rosmah!

Started
4 October 2023
Petition to
Anwar Ibrahim (Prime Minister of Malaysia)
Signatures: 3,367Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

TPM Zahid Hamidi telah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) untuk kes korupsi bernilai jutaan ringgit beliau. Mungkin selepas ini Najib Razak dan Rosmah Mansor pula. Kita tidak boleh membiarkan kes korupsi berprofil tinggi untuk dibebaskan oleh Peguam Negara (AG) tanpa menyelesaikan perbicaraan yang adil. Tandatangan petisyen ini untuk dihantar kepada PM Anwar Ibrahim dan AG Ahmad Terrirudin. 

Adakah bekas PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor akan dibebaskan daripada pendakwaan korupsi mereka? Persoalan ini menjadi kekhuatiran rakyat Malaysia selepas status DNAA diberikan kepada perbicaraan kes korupsi Yayasan Akalbudi oleh Zahid Hamidi. 

DNAA Zahid adalah contoh kuasa budi bicara AG yang juga merupakan Pendakwa Raya (PR) di bawah undang-undang semasa. Selain kes Zahid, terdapat beberapa lagi kes korupsi dalam tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan ahli politik atau individu yang rapat dengan mereka yang telah mendapat DNAA atau dibebaskan sepenuhnya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. 

Memandangkan AG adalah lantikan PM yang mempunyai kuasa yang luas untuk menggugurkan kes jenayah sebagaimana dalam DNAA Zahid, kami amat khuatir dengan tiga lagi kes berbaki Najib bersabit 1MDB dan cukai pendapatan, serta kes penggubahan wang haram bernilai RM7.1 juta dan pengelakkan cukai oleh Rosmah. 

Sekiranya Najib dan Rosmah boleh dibebaskan, seolah-olah mereka adalah mangsa pendakwaan terpilih selepas jenayah skandal 1MDB yang menyebabkan kewangan negara hampir roboh, Malaysia akan muncul semula sebagai ekonomi paria tanpa kedaulatan undang-undang dan boleh menyebabkan pelabur asing lari. 

Rakyat Malaysia mengharapkan iltizam politik yang kuat daripada Anwar untuk melawan korupsi yang sistemik dan mempertahankan kedaulatan undang-undang, yang harus dilihat melalui perbicaraan Najib, Zahid dan lain-lain secara adil dan tanpa gangguan.

Justeru, kami, pertubuhan masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, menggesa Perdana Menteri dan Peguam Negara memberikan komitmen mereka secara terbuka untuk:

1. Moratorium terhadap sebarang permohonan oleh AG bagi DNAA atau pembebasan untuk semua kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik atau individu yang rapat dengan mereka, terutamanya tetapi tidak terhad kepada kes Najib dan Rosmah, sehingga peranan AG dan PR dipisahkan.

2. Mempercepatkan dan mengisytiharkan 2025 sebagai garis masa pemisahan AG-PR yang telah diumumkan oleh Menteri Undang-Undang Azalina Othman Said pada 18 September 2023. Reformasi ini adalah penting untuk melindungi integriti institusi undang-undang daripada pengaruh politik dan untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang.

3. Untuk membuka atau mendakwa semula kes DNAA ahli politik yang dituduh dengan korupsi, terutamanya tetapi tidak terhad kepada kes Yayasan Akalbudi Zahid. Mahkamah perlu dibiarkan untuk menentukan kebersalahan atau ketakbersalahan mereka yang dituduh berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan.

4. Tidak menarik semula atau menggugat semua rayuan dengan membiarkan peluang rayuan luput seperti dalam kes penggubahan laporan 1MDB oleh Najib dan Arul Kanda. Rayuan terhadap kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) Zahid yang membawa 40 pertuduhan rasuah tidak boleh dihentikan atau dibuang atas alasan teknikal.

Tuntutan kami dan harapan rakyat Malaysia adalah mudah – kami mahukan kedaulatan undang-undang, kerana hal ini penting bagi menstabilkan politik yang akan membolehkan Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim untuk menghabiskan penggalnya. Mahkamah perlu dibiarkan untuk menentukan kebersalahan atau ketabersalahan mereka yang didakwa berdasarkan bukti yang dibentangkan, dan bukannya dibebaskan begitu sahaja dengan memberikan DNAA.

Perdana Menteri, kami mengharapkan jaminan yang tidak berbelah bagi bahawa api reformasi masih marak selepas 25 tahun dan akan terus mekar berbanding tajribah politik yang sia-sia.

Bahasa Inggeris:

DPM Zahid Hamidi has been granted a Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA) over his multi-million corruption case. Najib Razak and Rosmah Mansor might be next. We cannot let high-profile corruption cases be discharged by the Attorney-General (AG) without the completion of fair trials. Sign this petition to submit to Prime Minister Anwar Ibrahim and the AG Ahmad Terrirudin.

Will the former PM Najib Razak and his wife Rosmah Mansor be released from their corruption charges? This is the question that we, the Malaysian public, are extremely concerned with following the DNAA granted to Ahmad Zahid Hamidi’s multi-million Yayasan Akalbudi corruption trial.

Zahid’s DNAA is a shocking example of the discretionary power of the AG who doubles up as the Public Prosecutor (PP) under the current law. Apart from Zahid's case, there have been a slew of corruption cases in the past several years involving politicians or those closely connected with them that have been DNAA or totally acquitted. This cannot go on. 

Given that the AG, as the PM's appointee, has such wide-ranging power to withdraw criminal cases as demonstrated in Zahid's DNAA,  we are extremely concerned about  Najib's three remaining cases related to 1MDB and income tax, as well as Rosmah's RM7.1 million case of money laundering and tax evasion. 

If Najib and Rosmah can walk free, as if they were victims of selective prosecution after their crime in the 1MDB scandal brought our country to the brink of financial collapse, Malaysia would reappear as a pariah economy without rule of law, driving global investors away.

The Malaysian public expects a strong political will from Anwar to combat systemic corruption and uphold the rule of law, which must include allowing Najib, Zahid and others to undergo fair trials.

We hereby call on the Prime Minister and the Attorney-General to commit publicly to the following:

1. To impose a moratorium on any application for DNAA for all ongoing high profile cases involving politicians or those closely connected with them, in particular, but not limited to Najib and Rosmah's cases.

2. To expedite and declare the end of 2024 as the timeline for the AG-PP separation that has been announced by Law Minister Azalina Othman Said on 18 September 2023. 

3. To reopen or recharge DNAA cases of politicians charged with corruption, in particular but not limited to Zahid's Yayasan Akalbudi case. 

4. To not withdraw or undermine all ongoing appeals by letting appeal opportunities to lapse as in the case of Najib-Arul Kanda's 1MDB report tampering. The appeal against Zahid’s Foreign Visa System (VLC) case which carried 40 charges of bribery must not be terminated or thrown out conveniently on some technical grounds by the AG.

Our request and the expectation of the Malaysian public is simple - we want the rule of law, as it is necessary for political stability that would enable the Unity Government of Anwar Ibrahim to go full-term. The Court must be allowed to determine the guilt or innocence of those charged based on evidence presented, not by letting them go scot free by being given a DNAA.

Prime Minister, we would like your unequivocal assurance that the fire of reformasi is still alive after 25 years and it will triumph over political adventurism.

Mandarin: 

副首相扎希(Zahid Hamidi)在他数百万令吉贪污案件中获判无事省释(DNAA,一般媒体译为“获释但不等同无罪”)。接下来会轮到纳吉(Najib Razak)和罗斯玛 (Rosmah Mansor)吗?

我们认为纳吉与其他重大贪污案件必须依法完成司法程序,而非被总检察长中途撤案。我们发起这请愿书,呼吁首相安华依布拉欣 (Anwar Ibrahim) 与总检察长阿末特里鲁丁 (Ahmad Terrirudin)暂停对重大贪污案件的无事省释,直到完成有关改革。

扎希的DNAA是总检察长在当前法律下兼具检控官职权、行使裁量权的极糟案例之一。除了扎希案,过去几年涉及政治人物或与他们关系密切者的一系列贪腐案件,都曾获判无事省释,甚至无罪释放。此风不可长。

考虑到首相任命的总检察长在扎希无事省释的案件中展示了“停控”如此广大的权力,我们以及马来西亚民众极度关注纳吉剩余三个与1MDB和所得税有关的案件,以及其夫人罗斯玛面控的710万令吉洗钱与逃税案。

倘若纳吉与罗斯玛可以无罪获释,俨如他们在那个导致我国濒临金融崩溃的1MDB丑闻中,成了选择性提控的受害者——马来西亚将再次成为一个没有法治、受各国蔑视的经济体,让全球投资者竞相走避。

马来西亚民众期待安华以坚定的政治意志,打击制度化的贪腐,并维护法治——这必然包括让纳吉、扎希和其他人接受公平与不受干预的审判。

我们因此要求首相和总检察长公开承诺以下事项:

一、对所有涉及政治人物或与他们关系紧密者、正在进行中的重大案件,尤其是(但不止于)纳吉和罗斯玛的案件,暂停让总检察长申请无事省释(DNAA)或完全无罪释放。

二、加速并宣布以2024年底为时间表,落实首相署法律及制度改革部长阿莎丽娜(Azalina Othman)于2023年9月18日公布的律政司—公共检控官分权改革议程。此举措乃关键改革,以保护法律机构的诚信,免于政治干预,并维护法治。

三、重新审理或重新提控涉及贪腐罪控政治人物的DNAA案件,特别是扎希的健思基金(Yayasan Akalbudi)案件。

四、切勿撤销,或破坏所有正在进行中的上诉努力——勿让上诉机会如纳吉-阿鲁甘达(Arul Kanda)的1MDB报告篡改案那般逾时不作为而失效。总检察长不应轻易地以某些技术原因,终止或轻易驳回扎希的外国签证系统(VLC)案,该案涉及40项贿赂指控。

我们的诉求,和马来西亚民众的期待,其实很简单——我们要法治,因为这是政治稳定的必要因素,让安华的“团结政府”能够运作至届满。让法庭根据呈堂证据来裁决被告是否罪成,而不是轻易释放及让被告逃离法网。

首相,我们要您毫不含糊地保证,“烈火莫熄”改革运动的火焰,在25年后依然熊熊不息,并将压倒政治冒进路线。

 

Support now
Signatures: 3,367Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Anwar IbrahimPrime Minister of Malaysia