RAKYAT MALAYSIA DESAK SIASATAN DIRAJA ISU KAPAL HALIMUNAN 'LCS'

RAKYAT MALAYSIA DESAK SIASATAN DIRAJA ISU KAPAL HALIMUNAN 'LCS'

Started
12 August 2022
Signatures: 2,770Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

Started by Armada Nasional

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos 2022 menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Berdasarkan laporan PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS), namun setakat ini tiada kapal diterima.

Oleh yang demikian, kami rakyat Malaysia menandatangani petisyen ini bagi menuntut:

1- Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan penyelewengan projek berkenaan kerana ia mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM9 bilion.

2- Campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana isu ini berkait rapat dengan kedaulatan negara.

3- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiapkan dan mengumumkan hasil siasatan yang dikatakan sudah berada di peringkat akhir.

4- BNS dan pihak berkaitan memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana mengelirukan baginda apabila mengadakan majlis pelancaran kapal LSC 1 (KD Maharaja Lela) pada 24 Ogos 2017 yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, walaupun kapal hanya siap 44 peratus.

Justeru petisyen yang dibawakan ini adalah merupakan suara desakan rakyat Malaysia atas kepedulian kita menyanggah perbuatan salah laku serta penyelewengan duit rakyat di samping demi tekad memulihkan maruah negara yang tercinta dari tangan-tangan yang membuat onar ke atas ibu pertiwi.

AYUH ANAK MALAYSIA, NEGARA KITA MARUAH KITA!

Support now
Signatures: 2,770Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code