KAMI MEMBANTAH KONSERT DANGDUT DI STADIUM BATU KAWAN...!

KAMI MEMBANTAH KONSERT DANGDUT DI STADIUM BATU KAWAN...!

Started
26 August 2023
Petition to
YBhg Dato' Azhar Hj Arshad (Datuk Bandar MBSP) and
Signatures: 1,311Next Goal: 1,500
Support now

Why this petition matters

1) Ketika ini negara sedang dihangatkan dengan penganjuran Konsert Viral Lagu-lagu Tiktok Malaysia Indonesia 2023 yang akan diadakan pada 30 September 2023. Konsert yang bertemakan dangdut tersebut akan dipersembahkan oleh gabungan penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.

2) Konsert berkenaan asalnya bertempat di Dewan Milenium Kepala Batas, namun telah mendapat bantahan penduduk setempat kerana dianggap tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, lebih-lebih lagi ia akan diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul.

3) Pada 24 hari bulan Ogos yang lalu, Ahli Parlimen Kepala Batas YB Dr Ustazah Mastura mewakili PAS Kawasan Kepala Batas dan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas telah berjumpa dengan Datuk Bandar MBSP, YBhg Dato' Azhar Hj Arshad bagi menyerahkan surat bantahan terhadap program berkenaan.

4) Natijah dari desakan tersebut, pihak penganjur bersetuju untuk tidak mengadakan konsert tersebut di Kepala Batas. Tapi malangnya, kelulusan konsert masih tidak dibatalkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), namun lokasi penganjuran hanya dipindahkan ke Stadium Negeri, Batu Kawan.

5) Apakah pemindahan lokasi program ini hanya bertujuan untuk menutup mulut masyarakat melayu islam di Pulau Pinang? Dan adakah tindakan penganjur ini dianggap sudah menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia?

6) Maka petisyen ini dibuat untuk menyeru kepada seluruh masyarakat muslim di seluruh Malaysia tanpa mengira warna politik supaya jangan berpeluk tubuh sahaja melihat kemungkaran yang nyata ini. Umat Islam perlu bersatu membantah sehingga Konsert Maksiat ini dibatalkan secara mutlak.

------------------------------

Mohd Kamil bin Ab Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan

Support now
Signatures: 1,311Next Goal: 1,500
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • YBhg Dato' Azhar Hj ArshadDatuk Bandar MBSP
  • Datuk Dr Mohammad Abdul HamidTimbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang
  • YB Chow Kon YeowKetua Menteri Pulau Pinang (AP Batu Kawan)
  • YB Goh Choon AikAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun
  • Pihak Pengurusan Stadium Negeri Pulau PinangPerbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP)