Penduduk Bertam Bantah Pembinaan Taman Perindustrian & Asrama Pekerja (Warga Asing)

Penduduk Bertam Bantah Pembinaan Taman Perindustrian & Asrama Pekerja (Warga Asing)

Started
18 May 2022
Petition to
Datuk Bandar (Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)) and
Signatures: 6,660Next Goal: 7,500
Support now

Why this petition matters

Started by Dr Azrul Zabidi

Petisyen ini menyasarkan untuk mendapatkan 20,000 tandatangan khasnya dalam kalangan penduduk Bertam dan Kepala Batas bagi membantah keseluruhan projek pembinaan taman perindustrian iaitu Penang Technology Park (PTP) di Bertam iaitu parcel 1a,1b, 2a dan 2b yang melibatkan cadangan projek di bawah:

  • 48 UNIT KILANG BEKEMBAR 3 TINGKAT, 8 UNIT KILANG SEBUAH 5 TINGKAT dan 49 UNIT PELOT INDUSTRI (SME) di atas sebahagian lot 12453 (Mukim 6, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir) oleh Tetuan Lestari Duta Sdn. Bhd dan;
  • Cadangan membina 45 unit plot industri dan 3 BLOK ASRAMA PEKERJA 10 TINGKAT (432 unit) di atas Lot 250-255 dan Lot 12453 (Mukim 6 Jalan Tun Hamdan Syeikh Tahir) oleh Lestari Duta Sdn Bhd
  • Cadangan membina 99 unit plot industri dan 4 BLOK ASRAMA 10 TINGKAT (545 unit) di atas Lot 12-17 dan Lot 1676, 1929, 11454 (Mukim 3 Persiaran Perindustrian Bertam Perdana) oleh Mujur Sinarjaya Sdn. Bhd.

KAMI membantah sekeras-kerasnya terhadap kedua-dua cadangan projek tersebut. Kami mengharap dan menggesa pihak MBSP untuk tidak meluluskan permohonan Kebenaran Merancang (KM) yang akan ATAU telah dihantar bagi cadangan mendirikan projek tersebut atas sebab-sebab yang berikut:

A) IMPAK SOSIAL

i) Mengikut cadangan projek tersebut akan mendirikan sejumlah 145 plot industri yang akan menempatkan industri ringan, sederhana dan berat serta 7 blok 10 tingkat asrama pekerja warga asing dengan menyediakan 977 unit tempat tinggal di mana 18 orang akan dibenarkan untuk tinggal dalam satu unit mengikut garis panduan yang ditetapkan. Jika 10 orang pekerja warga asing memenuhi 977 unit yang telah disiapkan, maka jumlah keseluruhan warga asing yang terdapat di kawasan tersebut ialah seramai 17,586 orang.

ii) Mengikut bancian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 (data terkini daerah belum diterbitkan), jumlah penduduk di kawasan terlibat ialah 47,021 orang iaitu di Mukim 3 (9,737 orang) dan Mukim 6 (37,224 orang) Seberang Perai Utara (SPU) (75% Melayu, 21% Cina, 3% India & 1% lain-lain). Kami percaya jika projek ini dijalankan, maka jumlah warga asing akan menyaingi bilangan penduduk setempat dan mengubah demografi kawasan Bertam secara keseluruhan sehingga menjadikan kawasan ini sesak dan padat. Kepadatan penduduk yang direkodkan pada 2010 adalah 387/km2 (Mukim 3) dan 954.8/km2 (Mukim 6) dan pasti semakin meningkat kepadatannya selepas ini.

iii) Perubahan demografi secara mendadak akibat kemasukan warga asing bakal memberikan kesan yang amat buruk kepada budaya dan tradisi masyarakat setempat. Kawasan Bertam tidak akan lagi dikenali sebagai kawasan kediaman yang selesa dan tenang untuk didiami. Penduduk setempat tidak akan lagi berasa aman dan selesa dengan kemasukan jumlah warga asing yang akan menyumbangkan lebih 37% daripada jumlah keseluruhan penduduk Bertam.

iv) Perniagaan kecil di kalangan masyarakat setempat seperti kedai runcit, pasar malam dan sebagainya yang terdapat di kawasan Bertam Putra dan Bertam Perdana mungkin terpaksa bersaing dengan dengan peniaga warga asing di kawasan tersebut kerana jumlah mereka yang sangat ramai. Perkara ini tentu akan memberikan tekanan ekonomi kepada penduduk dan peniaga setempat. (Rujuk apa yang sedang berlaku di Bandar Bukit Mertajam).

v) Tiada jaminan keselamatan yang dapat diberikan kepada penduduk setempat jika projek ini dijalankan. Hal ini kerana asrama pekerja warga asing tersebut hanya berjarak 100 meter daripada penduduk terdekat di Perdana 4 (Pinggiran), Bertam Eco Residence dan Mekarsari. Penduduk setempat sudah tentu akan menjadi lebih gusar dan takut untuk meneruskan aktiviti harian mereka kerana jumlah warga asing yang amat tinggi dan memenuhi kawasan-kawasan awam seperti taman rekreasi, taman permainan, pasar malam, pasaraya dan sebagainya.

B) KESELAMATAN DAN KESIHATAN

i) Bertam ialah bandar kediaman yang semakin berkembang pesat dengan kawasan perumahan selesa yang telah dan akan dimajukan oleh Bertam Properties Sdn. Bhd., Hunza Properties Sdn. Bhd., UDA Land (North) Sdn. Bhd. serta SP Setia Bhd. yang dianggarkan berjumlah lebih 15,000 unit rumah. Selain itu, Bertam juga merupakan bandar ilmu yang menjadi tumpuan institusi pendidikan. Antara institusi pendidikan tersebut adalah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Bertam, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Kejururawatan, Pusat Giatmara, Kolej Komuniti, Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. Kawasan kediaman dan institusi pendidikan tersebut berada dalam radius 5 km sahaja daripada tapak kawasan cadangan projek tersebut. Apa yang menjadi kerisauan kami adalah tiada jaminan keselamatan yang dapat diberikan oleh mana-mana pihak khasnya bagi melindungi golongan yang memerlukan seperti kanak-kanak, wanita, mahasiswa, pelajar sekolah dan warga tua. Kedudukan tapak cadangan asrama pekerja asing yang terlalu berhampiran dengan kawasan kediaman boleh mencetuskan pelbagai risiko jenayah.

ii) Jabatan awam seperti jabatan polis, bomba dan hospital dan sebagainya akan hanya dapat menampung jumlah penduduk yang sedia ada buat waktu ini. Jika berlaku peningkatan warga asing yang mendadak maka setiap jabatan awam yang berkhidmat untuk rakyat setempat tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua anggota masyarakat setempat.

iii) Kawasan cadangan projek pembinaan asrama pekerja tersebut akan menempatkan lebih 17 ribu warga asing di kawasan Bertam. Apa yang menjadi kerisauan kami adalah tiada jaminan kesihatan yang dapat diberikan oleh mana-mana pihak. Kepadatan yang tinggi akan menyebabkan risiko penyebaran penyakit berjangkit lebih senang mereka di kawasan tersebut.

iv) Tidak ada mana-mana pihak yang dapat memberi jaminan bahawa warga asing yang bakal memenuhi kawasan tersebut bebas daripada sebarang penyakit berjangkit dan akan menjaga kebersihan di kawasan sekitar mereka. Jika terdapat sebarang agen penyakit seperti influenza di kawasan tersebut maka ia akan menjadi di luar kawalan setiap jabatan awam di Malaysia.

C) IMPAK TRAFIK

i). Kawasan Bertam dan sekitarnya telah dirancang dan dibangunkan untuk penempatan penduduk dan institusi pendidikan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pembinaan projek industri hanya hadir kemudian setelah kawasan Bertam didiami oleh ribuan penduduk yang telah berpindah ke sini. Kawasan industri ini akan menjejaskan lalulintas akibat kenderaan berat industri keluar masuk ke kawasan tersebut. Aliran trafik yang tinggi akibat kenderaan berat akan mencetuskan risiko keselamatan jalan raya dan kesesakan lalu lintas.

D) IMPAK PENCEMARAN

i) Cadangan pembinaan projek pelbagai jenis industri di kawasan tersebut yang terlalu hampir dengan penempatan penduduk (100 meter- 3 km) akan mengancam nyawa dan kesihatan mereka akibat risiko pencemaran air, udara dan bau. Tiada pihak dapat memberikan jaminan bahawa tiada pencemaran yang akan berlaku seperti yang pernah direkodkan di kawasan perindustrian lain seperti Pasir Gudang pada tahun 2019. Malah, masalah pencemaran bau dan sisa najis haiwan di kawasan berhampiran Bertam iaitu ladang penternakan babi Kampung Selamat serta ladang penternakan ayam di Kampung Paya Keladi masih belum selesai. Kawasan industri ini jika tidak dikawal bakal memburukan lagi indeks pencemaran air dan udara setempat.

ii) Memandangkan jarak cadangan projek pembinaan Taman Perindustrian dan kediaman penduduk terlalu hampir, perhatian khusus tentang aspek zon penampan (buffer zone) haruskan diberikan perhatian serius. Pada masa ini jarak zon penampan yang dipakai adalah antara 50 -500 meter bergantung kepada jenis industri. Namun, melihat kepada kepadatan penduduk dan kediaman di kawasan Bertam yang sediada, jarak zon penampan sedia adalah sangat tidak selamat yang akan menjadi ‘bom jangka’ yang berkemungkinan boleh membahayakan kesihatan penduduk. Menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM), jarak zon penampan industri khasnya bagi industri berat perlu sekurang-kurangnya 1-2 km daripada kediaman penduduk bahkan lebih jauh lebih baik.

5.            Jawatankuasa Bertindak melancarkan petisyen atas talian pada 19 Mei 2022 bagi mendapatkan sokongan penduduk Bertam untuk membantah projek tersebut. 

6.            Kami tidak berhasrat menentang visi dan misi pembangunan Kerajaan Negeri tetapi apabila sesuatu projek itu dijalankan dengan memberi kesan buruk kepada penduduk setempat, maka kami akan membantah dengan sekeras-kerasnya projek tersebut.

7.            Justeru kami mencadangkan agar pihak MBSP boleh mengambil tindakan dan keputusan berasaskan  beberapa cadangan berikut:

                i) Sewajarnya Taman Perindustrian yang dicadangkan dan dibangunkan di tapak perindustrian yang sedia ada di Batu Kawan dan Byram (BKIP2) yang lebih sesuai kerana sememangnya digazetkan untuk pembangunan perindustrian di Pulau Pinang yang masih kosong. Pihak pemaju sewajarnya membantu merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Batu Kawan dan Byram (BKIP2) sebagai mercu tanda kejayaan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Taman Perindustrian yang tersohor di Malaysia.

                ii) Sekiranya kajian berkaitan EIA, TIA & SIA beserta RSA dilakukan dengan teliti dan mengambil masa yang panjang, tanpa membenarkan Fast Track Approval , kami yakin dan percaya. pihak MBSP akan dapat melihat dengan jelas impak negatif yang telah dijelaskan.

iii) Pihak MBSP sewajarnya mengekalkan Bertam sebagai pusat kediaman yang pelbagai dan pesat membangun tanpa perlu disuntik dengan pelaburan yang memberi kesan jangka panjang kepada penduduk.

iv) Kami juga mencadangkan agar pihak MBSP berbincang dengan pihak pemaju untuk membangunkan tapak cadangan Taman Perindustrian dan Asrama Pekerja tersebut ditukar kepada pembangunan kediaman dengan konsep “Pembangunan Kediaman Bercampur” dengan membawa pembangunan kediaman yang lebih menarik dan komprehensif di Bertam.

8.            Berasaskan penjelasan di atas, KAMI mengharap dan menggesa pihak MBSP dan Kerajaan Negeri membatalkan cadangan pembangunan kedua-dua projek berkenaan kerana berpotensi memberikan impak negatif untuk jangka panjang. Projek ini jika diteruskan, berpotensi besar mengancam keselesaan dan ketenteraman penduduk Bertam yang akan memberi kesan amat mendalam kepada pembangunan fizikal dan rohani penduduk setempat. Amatlah tidak bersesuaian sebuah Taman Perindustrian dan Asrama Pekerja Asing dibangunkan di dalam lingkungan kepadatan kediaman dan penduduk yang sedia ada.

Jawatankuasa Bertindak Membantah Pembinaan Taman Perindustrian & Asrama Pekerja (Warga Asing)

Senarai anggota JK Bertindak:

  1. Prof. Madya. Sr. Dr. Mohamad Sukeri Bin Khalid (Pengerusi)
  2. Dr. Muhammad Azrul Bin Zabidi (Setiausaha)
  3. Dr. Mohamad Adzhar Bin Md Zawawi (Surau Bertam Eco
  4. Residence)
  5. Dr. Muhammad Fatah Bin Md Radzi (Surat Flat Mekarsari)
  6. Dr. Hj. Sajap Bin Maswan (Surau Al-Muttaqin)
  7. Dr. Hj. Rezuan Bin Ahmad (Surau Ar-Ridhuan)
  8. Ustaz Amarul Faizal Bin Abdul Rahman (Surau Al Fateh Pinggiran Bertam (Imam)
  9. Ustaz Syahrizal Bin Ghazali (Surau Al-Falah)
  10. Ustaz Ahmad Hafizullah Bin Ubaidah (Surau As-Salikin)
  11. Ustaz Muhammad Helmi Bin Md Zain (Surau Ar Rayyan)
  12. Ustaz Azmi Abdul Hamid (Surau Lakeside)
  13. Tuan Hj. Khamis Bin Pardi (Surau Al-Muhtadin)
  14. Tuan H. Abdul Razak Bin Abdul Rahman (Surau Nur Jannah)
  15. En. Abdul Alfatah Bin Mat Isa (Surau Al-Husna)
  16. En. Mohd Yusof Bin Punjun@Yon (RA Bertam Eco Residence)
  17. Tuan Haji Uthman Bin Abdul Razak (RA Mekarsari)
  18. En. Ahmad Solehin Bin Mohamad (RA Lakehomes)
  19. Ir. Mohamad Azwan Bin Mad Naser (Wakil Putra Villa)
  20. En. Zul Aiman Bin Md Salleh (RA Bertam Perdana 4)
  21. En. Ahmad Tajuddin Bin Gezai (RA Lakeview Nerine & Nydia)
  22. En. Azhan Bin Arshad (Persatuan Komuniti Shahbandar)
  23. Abdul Ghafur Bin Mohd Ibrahim (Wakil Penduduk Bertam Putra)
Support now
Signatures: 6,660Next Goal: 7,500
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Datuk BandarMajlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
  • Ketua Menteri Pulau PinangYAB Tuan Chow Kon Yeow