Jangan Lantik Ahli Parlimen Berhadapan Kes Mahkamah Ke Kabinet Atau Entiti Kerajaan!

Jangan Lantik Ahli Parlimen Berhadapan Kes Mahkamah Ke Kabinet Atau Entiti Kerajaan!

Started
24 November 2022
Signatures: 514Next Goal: 1,000
Support now

Why this petition matters

Started by SEDAR Malaysia

Kami Rakyat Malaysia, tidak mahu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri ke 10, melantik mana-mana Ahli Parlimen yang sedang berhadapan dengan kes jenayah di mahkamah ke mana-mana jawatan di dalam Kabinet mahupun apa-apa jawatan berkait dengan entiti Kerajaan. 

Kami juga mahu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim memastikan cabang Eksekutif dalam Kerajaan tidak campur tangan dalam cabang Badan Kehakiman dalam hal-hal berkaitan apa-apa kes jenayah di mahkamah Ahli Parlimen yang boleh menyebabkan kes mereka digugurkan. 

Kami mahu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan pentadbiran beliau dengan langkah-langkah positif yang boleh mengembalikan kepercayaan ramai, baik Rakyat mahupun orang luar, terhadap negara kita.

 

Petisyen ini dimulakan pada 25 November 2022 oleh Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat (SEDAR) Malaysia.  SEDAR Malaysia juga adalah NGO yang telah memulakan petisyen penggubalan undang-undang anti lompat & peruntukan kewangan setara wakil rakyat pada Disember 2018.  

Support now
Signatures: 514Next Goal: 1,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code