Sokong Ibu Bapa Bekerja: Cadangan Pelepasan Cukai untuk Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berdaftar

Recent signers
Khor Choon Leong and 19 others have signed recently.

The Issue

Kedudukan Semasa

1) Sebagai ibu bapa, kos kehidupan yang semakin tinggi telah memaksa kami bekerja tanpa henti. Tak ubah seperti kebanyakan ibu bapa lain, kami juga menghantar anak-anak kami ke taska/ tadika/ pusat jagaan kanak-kanak. Namun kami bimbang tentang keselamatan mereka, berikutan peningkatan kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar, yang semakin menunjukkan kepentingan untuk memilih pusat jagaan berdaftar.

2) Pada masa ini, pelepasan cukai sehingga RM3,000 diberikan kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur sehingga 6 tahun ke:

a) Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
b) Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
c) Pusat Jagaan Warga Emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelepasan ini telah dinaikkan kepada RM3,000 bagi tahun taksiran 2020 dan 2021, dan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024. Pelepasan ini boleh dituntut oleh salah seorang ibu bapa kepada anak tersebut.

Cadangan

Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan pendidikan awal dan penjagaan berkualiti kepada anak-anak, kami mencadangkan:

1) Pelepasan cukai sehingga RM5,000 memandangkan peningkatan yuran bagi taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. 
2) Pelepasan cukai ini diperluaskan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dari 7 tahun sehingga 18 tahun.

Rasional

1) Mengurangkan Beban Kewangan:
Dengan memperluaskan pelepasan cukai ini, ibu bapa yang menghantar anak ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak berdaftar turut mendapat manfaat.
Ini membantu ibu bapa menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, terutamanya dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

2) Menggalakkan Penggunaan Perkhidmatan Berdaftar:
Insentif cukai seperti ini boleh meningkatkan jumlah kanak-kanak yang dihantar ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak berdaftar secara tidak langsung.

Dengan lebih ramai ibu bapa menggunakan perkhidmatan berdaftar, kualiti penjagaan dan keselamatan kanak-kanak dapat dipastikan.

3) Menyokong Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berdaftar:
Cadangan ini juga akan memberikan sokongan kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak berdaftar, yang memainkan peranan penting dalam menyediakan penjagaan berkualiti kepada anak-anak sambil ibu bapa bekerja.

4) Pelaburan untuk Masa Depan Negara:
Dasar ini bukan sahaja membantu ibu bapa tetapi juga memastikan anak-anak mendapat penjagaan dan pendidikan berkualiti, sekali gus membangun generasi yang lebih baik untuk masa depan negara.
 
Dengan melaksanakan cadangan ini, kerajaan dapat memperkukuh komitmennya terhadap sokongan ibu bapa bekerja, kebajikan kanak-kanak, dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

**Kami berharap ia akan menarik perhatian dari pihak kerajaan dan akan mendapatkan penstrukturan semula dalam sistem cukai kami, yang akan memastikan keselamatan anak-anak kami sambil meringankan beban kewangan kami. Tandatangan petisyen ini untuk membantu kami mencapai perubahan ini.

646

56 people signed today

646

The Supporters

Share this petition

Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code
Petition created on 9 January 2025