TUNTUTAN CALON CoS 2021 KEPADA PIHAK KPM DAN SPP

TUNTUTAN CALON CoS 2021 KEPADA PIHAK KPM DAN SPP

Started
28 May 2022
Signatures: 3,240Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

Started by Norhidayah Azmi

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Kami merupakan calon temu duga bagi jawatan PPPDG41 secara Contract of Service (CoS) 2021. 

Pada 28 Mei 2022, pihak SPP telah mengeluarkan hebahan semakan keputusan dan tawaran bagi yang calon jaya temu duga CoS 2021. Kami pada awalnya menerima segala keputusan dengan berlapang dada. 

Namun, terdapat ketirisan dan ketidaktelusan yang dapat kami kesan bilamana calon jaya tersebut ada juga dalam kalangan calon One off yang telah gagal dalam temu duga dengan status dokumen tidak lengkap (DTL) dan ini membuatkan kami hairan kenapa mereka disekalikan dalam kuota CoS 2021. Paparan setiap calon jaya juga tidak langsung dinyatakan perkataan "Contract of Service atau CoS". 

Jumlah yang lulus bagi setiap opsyen juga sangat sedikit dan ada opsyen yang langsung tiada seorang pun lulus temu duga contohnya bagi opsyen Bahasa Melayu (BM) dan Pendidikan Khas (PK).

Opsyen TVET juga hampir semua orang digagalkan, malah terdapat opsyen TVET yang tiada seorang lulus seperti SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN. Bukankah kita ingin melahirkan insan intelektual yang mahir dalam ICT?

Cabaran dan dugaan calon CoS terlalu banyak sehinggakan hebahan pada 27 Mei 2022 yang dikeluarkan turut disertakan dengan pautan yang salah. Di mana integriti pihak SPP dalam membuat pilihan calon? Kami dengan rendah hati, menuntut kenyataan balas dari pihak berkenaan.

TUNTUTAN PENJELASAN & PERTIMBANGAN RAYUAN DARI CALON CoS 2021 KEPADA  SURUHANJAYA PERKHIDMATAN & PENDIDIKAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

1- SPP perlu mengeluarkan penjelasan Dan kenyataan Rasmi apa Yang telah berlaku bagi keputusan pengambilan cos 2021 Yang sepatutnya mengikut apa Yang telah ditetapkan tapi tidak berlaku sepatutnya.

2- Pihak SPP perlu memohon maaf jika sekiranya berlaku perkara Yang tidak sepatutnya kepada calon-calon COS 2021 Yang telah ditemuduga diatas kelemahan Dan kesilapan berlaku. 

3- Pihak Spp perlu membuka balik semakan permohonan bagi calon Cos 2021 Dan rayuan permohonan semula bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

#COS2021TUNTUTPENJELASAN

#SPP #KPM

Support now
Signatures: 3,240Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code