Laksanakan Pencen Warga Emas! Perlindungan Sosial untuk Semua!

Laksanakan Pencen Warga Emas! Perlindungan Sosial untuk Semua!

Started
8 April 2023
Signatures: 1,766Next Goal: 2,500
Support now

Why this petition matters

Laksanakan Pencen Warga Emas! Perlindungan Sosial untuk Semua!

 

Negara Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat penuaan, dengan 1 daripada 8 orang penduduk Malaysia sekarang ini berumur lebih 60 tahun.

Namun, rakyat Malaysia menghadapi cabaran yang hebat dalam masyarakat penuaan dan warga emas kita sedang bergelut untuk kelangsungan hidup, dengan simpanan KWSP yang tidak mencukupi, kenaikan harga barang, kekurangan kemudahan sokongan bagi warga emas dan sebagainya. Ramai dalam kalangan warga emas kita pada hari ini dan masa akan datang tidak mempunyai pencen atau pendapatan bulanan yang tetap untuk menampungkan kehidupan mereka.

Oleh itu, kita perlu wujudkan sistem pencen warga emas sejagat untuk memastikan keterjaminan dari segi kewangan, kesihatan dan jagaan sosial bagi golongan warga emas yang semakin bertambah jumlahnya. Pencen warga emas sejagat merupakan komponen perlindungan sosial yang komprehensif untuk semua rakyat.

Tuntutan kami ialah:

  1. Wujudkan skim pencen warga emas sejagat, untuk melindungi semua warga emas yang tidak mempunyai apa-apa pencen kerajaan, pencen PERKESO, atau pencen swasta.
  2. Sebagai permulaan, skim pencen warga emas membayar RM500 sebulan kepada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas dan tidak mempunyai apa-apa  pencen kerajaan, pencen PERKESO, pencen swasta atau pendapatan bulanan tetap daripada hartanah.

 

|Kenapa perlukan Skim Pencen Warga Emas Sejagat?|

Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara tua menjelang tahun 2030, dengan 15% daripada penduduk Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas. 

Peningkatan nisbah warga emas dalam masyarakat bermakna penuaan populasi. Masyarakat kita akan menghadapi masalah besar jika tidak menangani penuaan populasi dengan dasar sosio-ekonomi yang komprehensif dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Warga emas dalam masyarakat kita memerlukan perlindungan sosial yang komprehensif supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan bermaruah, sejahtera dan bahagia. Perlindungan sosial yang komprehensif bagi warga emas sepatutnya termasuk bantuan kewangan yang bersesuaian, perkhidmatan kesihatan yang disubsidi, pengangkutan mesra warga emas yang disubsidi, perkhidmatan jagaan sosial, pencen dan sebagainya.

Pencen ialah peruntukan dana yang menyediakan pendapatan berkala kepada orang awam apabila mereka tidak lagi mempunyai pendapatan tetap daripada pekerjaan. Pada masa ini, kakitangan kerajaan dilindungi dengan skim pencen yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), dengan 731,785 orang penerima pencen ; sementara itu, adanya lebih kurang 550,000 orang sedang mencarum untuk Skim Persaraan Swasta (PRS).

Dianggarkan bahawa lebih kurang 60% tenaga kerja di Malaysia mencarum untuk simpanan hari tua atau mempunyai perlindungan pencen, dengan kebanyakannya tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi persaraan.

8,392,031 orang daripada 15,716,213 orang ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah merupakan pencarum aktif setakat suku keempat tahun 2022. Namun, dilaporkan bahawa terdapat sebanyak 2 juta ahli KWSP yang berumur 40-54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka, iaitu satu jumlah wang yang memang mencukupi langsung untuk persaraan.  

Selain itu, terdapat lagi 40% tenaga yang tidak dilindungi oleh apa-apa simpanan wajib untuk hari tua mereka

Dengan simpanan hari tua yang sedikit ataupun langsung tidak mempunyai apa-apa pendapatan selepas persaraan pada umur 60 tahun, warga emas kita akan menghadapi ketidaktentuan dan kesusahan yang teruk dalam menjalani kehidupan mereka. 

Oleh itu, pelaksanaan pencen warga emas sejagat yang melindungi semua rakyat menjadi sesuatu yang amat diperlukan sekarang ini!

***********************

|Soal jawab mengenai Kempen Skim Pencen Warga Emas|

1. Bukankah kita sudah adanya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Apa bezanya? 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah simpanan wajib (iaitu dicarum daripada gaji bulanan pekerja) untuk hari tua pekerja, tetapi ia bukannya skim pencen yang menjamin pendapatan tetap pada hari tua. Seorang ahli KWSP boleh mengeluarkan kesemua simpanannya sekali selepas mencapai umur persaraan, dan jika dia menggunakan kesemua simpanannya yang dikeluarkan itu dalam masa yang singkat, maka bermakna dia tiada lagi apa-apa wang untuk membiayai persaraannya. 

Skim pencen warga emas akan menyalurkan wang secara berkala (bulanan) kepada seorang yang sudah bersara tanpa mengira berapa yang dia sudah simpan. 

2. Bukankah kita sudah adanya Bantuan Warga Emas? Apa bezanya?

Bantuan Warga Emas (BWE) yang membayar RM500 seorang kepada mereka yang layak, ialah bantuan kebajikan berkala untuk membantu warga miskin tegar. Ia bukannya pencen yang membiayai semua rakyat yang sudah mencapai umur persaraan. 

3. Memberi pencen kepada semua warga emas akan memerlukan dana yang besar. Di mana datangnya dana untuk Pencen Warga Emas Sejagat ini?

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Jika kerajaan betul-betul berhasrat untuk melaksanakan skim yang memberi perlindungan sosial yang komprehensif dan menjamin kesejahteraan masyarakat, makai a akan berusaha untuk mendapatkan dana untuk menjayakan skim tersebut. Ada banyak cara untuk kerajaan meningkatkan pendapatan kerajaan tanpa membebankan rakyat biasa untuk membiayai program-program sosio-ekonomi yang memanfaatkan seluruh rakyat, antaranya:

  • Tangani penyelewengan dan ketirisan dalam perbelanjaan awam untuk menjimatkan dana kerajaan;
  • Perkenalkan dan tingkatkan cukai ke atas golongan mahakaya dan korporat besar;
  • Semak dan struktur semula sistem pencen atau simpanan hari tua yang wujud sekarang.
Support now
Signatures: 1,766Next Goal: 2,500
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code