Support for Whiskey Timah to keep its name & image

Support for Whiskey Timah to keep its name & image

Started
31 October 2021
Petition to
Signatures: 12,785Next Goal: 15,000
Support now

Why this petition matters

Started by A group of concerned Malaysian citizens of multi-ethnic backgrounds

We, a group of concerned Malaysian citizens of multi-ethnic backgrounds, wish to express our support for Winepak Corporation (M) Sdn Bhd to keep the name and image of their award-winning whiskey, Timah.

No one should be pressured into changing the name and image of their product, simply because of a sudden and deliberate provocation of fringe political sentiments, which have transformed this non-issue into a proverbial ‘hot potato’. If such political fanfare is allowed to reign supreme, who would dare invest in our Malaysia? Can we realistically hope for a reinvigorated economy post-Covid? What is at stake here is not just a single brand of whiskey, but our market freedom and economic rationality.

The allegations that Timah is out to confuse or even insult the Muslims are completely dishonest, and cannot be supported by facts or logic. “Seperti tegakkan benang yang basah”, as the Malay proverb would say.

First, the ‘Timah’ branding draws its inspiration from the Malay word for ‘tin’ — the metal that helped build Malaya's economy in the 19th century — and from the story of ‘Captain Speedy’, who served to uphold a state of peace and order in the mining district of Larut, Perak; not the abbreviation of ‘Fatimah’, the Prophet's daughter. Insisting that Timah, the whiskey, equates to Fatimah, the person, is as absurd as saying that one is trampling on anyone named Fatimah when walking on Jalan Timah.

Second, Captain Speedy was not a Muslim, and he wore an Ethiopian skull cap, not kopiah, as he served later in Ethiopia. While many Muslims men are bearded, not all bearded men are Muslims; and, in the same way, while a ‘kopiah’ may bear resemblance to many other caps, they are by no means the same. It is senseless, and dangerous, to claim that anything some Malaysian Muslims may find familiar, must be exclusive for their usage, and that non-Muslims cannot use them whenever some Muslims claim to be offended.

Third, the Whiskey uses the Malay word ‘Timah’, instead of some English word, to highlight its local origin, like many consumer products in global markets do. While everyone is free not to celebrate Timah's success in the international market, no one has the right to claim that Bahasa Malaysia, our national language, is exclusively for Muslims.

West Malaysians should remember that our country consists not only of the Peninsula, but also of Sabah and Sarawak, where many native communities both habitually speak Bahasa Malaysia and celebrate their traditional alcohols — like lihing, montoku, bahar, tuak and langkau — as part of their cultural heritage. The foreparents of Sabah and Sarawak signed on to the formation of a secular Federation of Malaysia, where the consumption of alcohol is to be accepted as individual freedom. The hurling of rude insults on alcohol consumption goes against Borneo sensitivities, and has no place in a Malaysia that treasures the presence of Sabah and Sarawak.

The witch-hunt over Timah is essentially a competition between a small group of Malay-Muslim politicians trying to outdo one another at being communal heroes in the name of "respecting Muslims' sensitivity". Most Malaysians are civil, and respectful of one another’s beliefs, but sensitivity should not become a license for imposing one group’s ideology onto everyone.

In the last decade, we have already witnessed similar incidents that forced common products like "root beer" and "hotdog" into a name change. This madness will certainly not end with the Timah Whiskey changing its name. If the victory is scored on Timah, the zealots will turn to another product and incite yet another outcry that "Malay-Muslims sensitivities have been violated!" In this sense, protecting Timah's right to keep its name is to protect common sense in our politics, society and economy.

We are heartened to find that amongst Malay-based parties, from PAS to Amanah, UMNO to PKR, there are some leaders who can see the senselessness in harping on Timah, even as some of their colleagues continue to make false and incendiary claims.

We urge Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri to end this fiasco over Timah Whiskey, to show that the ‘Keluarga Malaysia’ concept he espouses is inclusive and rational, and to prevent the demonising of ethnic minorities, who consume food and drinks forbidden to Muslims, under the false pretence of safeguarding Malay-Muslim sensitivities. The PM must ensure that Islam's principle of religious freedom — "for you is your religion, and for me is my religion" — is implemented in daily life.

We also call upon Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs, Dato Sri Alexander Nanta Linggi of Sarawak, to firmly defend the virtue of multiculturalism that the people of Sabah and Sarawak hold dear, and not to be a party of any action that forces Timah Whiskey into a name change, when some quarters try to make alcohol consumption an unacceptable act in Malaysia.

* * * * * * * * * * 

Kami, sekumpulan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, ingin menyatakan sokongan kepada Winepak Corporation (M) Sdn Bhd untuk mengekalkan nama dan imej Wiski Timah yang telah memenangi anugerah.

Mana-mana pihak pun tidak seharusnya ditekan untuk menukar nama dan imej produk mereka, hanya kerana tiba-tiba sesuatu sentimen politik telah diapi-apikan sehingga perkara yang dahulunya bukanlah suatu isu telah menjadi isu yang panas. Sekiranya permainan politik dibenarkan untuk menetapkan keutamaan kita, siapa yang akan berani melabur di Malaysia kita? Bolehkah kita berharap secara realistik untuk pemulihan pasca-Covid? Jadi kepentingan yang terlibat bukan semata-mata satu jenama wiski, tetapi kebebasan pasaran dan rasionaliti ekonomi.

Dakwaan bahawa Timah adalah bertujuan untuk mengelirukan atau menghina umat Muslim adalah tidak benar dan tidak dapat disokong oleh fakta dan logik, ibarat pepatah Melayu, "seperti menegakkan benang yang basah.”

Pertama, ‘Timah’ ialah perkataan Bahasa Melayu untuk sejenis logam, yang mana menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ia adalah “sejenis logam yang berwarna putih dan tidak berapa keras, biasanya digunakan sebagai sadur bagi besi dan lain-lain” (Kamus Dewan Edisi Ke-empat, https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=timah Logam Timah ini telah membantu pertumbuhan ekonomi di Tanah Melayu pada abad ke-19, di mana ‘Kapten Speedy’ telah membantu memelihara undang-undang dan keamanan di Larut, Perak, dan ianya bukan singkatan nama Saidatina ‘Fatimah’ r.a. puteri Nabi Muhamad. Dakwaan bahawa Timah itu Fatimah adalah tidak masuk akal seperti apabila kita berjalan di Jalan Timah, kita memijak di atas mana-mana wanita bernama Fatimah.

Kedua, Kapten Speedy bukan seorang Muslim, dan dia memakai topi tradisi Ethiopia, bukan kopiah, kerana dia pernah berkhidmat di Ethiopia. Walaupun sememangnya ramai lelaki Muslim berjanggut, ini tidak bermakna semua lelaki berjanggut adalah Muslim. Sama juga seperti topi dan kopiah yang mungkin kelihatan mirip, tetapi mereka bukanlah objek yang sama. Adalah tidak masuk akal, dan bahaya, untuk mendakwa bahawa apa-apa sahaja yang biasa dilihat oleh sesetengah orang Muslim mesti menjadikannya milikan eksklusif untuk penggunaan mereka, sehingga umat bukan Muslim tidak boleh menggunakannya sebaik saja ada orang Muslim "rasa" tersinggung.

Ketiga, Wiski itu menggunakan perkataan Bahasa Melayu, Timah, dan bukan perkataan Inggeris, untuk menunjukkan tempat asalnya, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan produk pengguna di pasaran global. Walaupun semua orang bebas untuk tidak meraikan kejayaan Timah di pasaran antarabangsa, tidak ada siapa yang berhak untuk mendakwa bahawa Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita, adalah khusus untuk umat Muslim.

Penduduk Semenanjung Malaysia diingatkan secara sopan bahawa negara kita bukan sahaja terdiri daripada Semenanjung, tetapi juga Sabah dan Sarawak, di mana ramai daripada masyarakat Orang Asal juga lazimnya bertutur dalam Bahasa Malaysia dan meraikan minuman beralkohol tradisional seperti lihing, montoku, bahar, tuak dan langkau sebagai sebahagian daripada warisan budaya mereka. Generasi nenek moyang penduduk Sabah dan Sarawak bersama-sama mengambil bahagian untuk membentuk Persekutuan Malaysia yang sekular dan menerima kebebasan individu untuk mengambil alkohol. Semua pihak diingatkan serangan keras terhadap pengambilan alkohol akan menyentuh sensitiviti orang Borneo dan bercanggah dengan kelestarian Malaysia yang menghayati keanggotaan Sabah dan Sarawak.

Serangan kasar terhadap jenama Timah pada asasnya digerakkan oleh persaingan segelintir ahli politik Melayu-Muslim yang ghairah berlumba-lumba untuk mengatasi sesama lain sebagai pejuang kaum atas nama "menghormati sensitiviti umat Muslim". Kebanyakan rakyat Malaysia bersopan-santun dan bertatasusila dalam menghormati sensitiviti masing-masing akan tetapi sensitiviti tidak seharusnya menjadi lesen untuk menonjolkan ketuanan sesuatu komuniti ke atas orang lain.

Kita telah melihat beberapa insiden sebelum ini yang memaksa produk biasa seperti "root beer" dan "hotdog" ditukar namanya. Keghairahan ini tidak akan berakhir dengan Wiski Timah menukar namanya. Sekiranya kemenangan terhadap Timah dapat diraih, para pejuang komuniti tersebut akan beralih perhatian mereka kepada produk lain yang boleh menimbulkan satu lagi laungan "sensitiviti orang Melayu-Muslim dicabul!" Oleh itu, melindungi hak Timah untuk mengekalkan namanya adalah untuk melindungi kewarasan kita dalam berpolitik, kehidupan bermasyarakat dan ekonomi.

Kami bersyukur melihat terdapat pemimpin-pemimpin dalam kalangan parti berasaskan Melayu seperti PAS, Amanah, UMNO, dan juga PKR, yang dapat melihat memainkan isu Timah adalah tidak masuk akal, sungguhpun pada masa yang sama terdapat juga rakan separti mereka yang terus membuat dakwaan tidak berasas dan mengapi-apikan.

Kami menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri untuk menamatkan kemelut Wiski Timah ini agar konsep Keluarga Malaysia yang diwar-warkan beliau adalah inklusif dan rasional, dan sensitiviti Melayu-Muslim tidak disalahgunakan untuk mencemuh etnik-etnik minoriti yang mengambil makanan dan minuman yang dilarang untuk orang Muslim. PM mesti memastikan prinsip kebebasan beragama dalam Islam, "untuk kamu agama kamu, dan bagi saya agama saya" dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Kami turut menyeru kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Lingi, dari Sarawak, untuk membela multikulturalisme yang disanjung tinggi oleh rakyat Sabah dan Sarawak, dan tidak menjadi salah satu pihak yang memaksa Wiski Timah untuk menukar namanya, ketika sesetengah pihak cuba menjadikan pengambilan alkohol sesuatu yang tidak boleh diterima di Malaysia.

Datin Fazar Arif (Sabahan, Activist)
Zila Fawzi (Sabahan, Activist)
Beverly Joeman (Sabahan, Activist)
Rose Ragai (Sarawakian, Conservationist)
Priscilla Grace Poul (Sarawakian, Undergraduate)
Khairil Zhafri (KL, Activist)
Ezyan Elias (Johorean, Non Practising Lawyer)
Jespreet Kaur (Perakian, Lawyer)
Thing Siew Shuen (Johorean, Sustainability Communicator)
Lee Cher Ling (Johorean, Lawyer)

Support now
Signatures: 12,785Next Goal: 15,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Government of Malaysia
  • Ismail SabriPrime Minister of Malaysia
  • Alexander Nanta LinggiMinister of Domestic Trade and Consumer Affairs